Sabtu, 20 Mei 2017

Part Timer Real Estate Negotiator (Part 2)

Selepas aku submit nama, berbekalkan duit penyertaan. Aku diminta untuk register ke kursus REN. Bayarannya adalah RM636 untuk 2 hari. Kursus ini adalah wajib untuk setiap individu yang ingin berdaftar sebagai Perunding Hartanah yang sah.

 

Kursus itu aku sertai dengan lancar. Kemudian bermulalah episod baru aku sebagai REN. Aku akui aku bukanlah seorang yang tahu serba-serbi dalam selok belok pembelian-penjualan hartanah. Namun insyaallah berbekalkan pengalaman sama ada manis atau pahit itu aku akan cuba handle sebaik mungkin. Niat aku bukanlah nilai duit yang aku kejarkan, namun lebih kepada minat dalam bidang ini. Sebelum ini aku hanya membeli untuk diri sendiri, namun lepas dah habis 'peluru' ataupun BULLET a.k.a modal, aku terpaksa la duduk diam-diam mengumpul wang.

Sebenarnya, sebelum ini aku antara orang yang paling skeptik sekali berkenaan ejen ni. Pada aku mereka ini lebih bermotifkan nak buat duit semata-mata. Bila dah jual, komisen dah ambil kemudian lepas tangan. Semuanya Buyer dan Seller settlekan sendiri. Namun ternyata aku silap. Sekiranya seorang REN itu benar-benar berkualiti, banyak perkara dan urusan antara Owner dan Buyer menjadi lancar dan mudah. Kerjaya REN ini juga profesional, seperti LAWYER, VALUER, ENGINEER, DOCTOR. Ada Lembaga yang mengawalselia AGENSI HARTANAH.

Di samping dapat meneruskan minat di bidang ini, secara tak langsung aku sentiasa mempunyai knowledge up to date terhadap harga pasaran terkini di kawasan tersebut. Selain itu, perkara paling menyeronokkan adalah NETWORKING. Sebelum ini aku kurang mengenali kenalan di industri ini, hanya membaca posting mereka dari Media Sosial mahupun cerita dari rakan. Kali ini aku sendiri berpeluang berjumpa mereka. BANKER, LAWYER, VALUER dan rakan NEGOTIATOR antara intipati kejayaan kerjaya ini.

NETWORKING yang lain pula adalah aku dapat berkenalan dengan orang yang tidak pernah aku jumpa selain persekitaran tempat kerja aku sendiri. Sebelum ini, aku hanya kenal rakan, saudara mara dan staf di pejabat sahaja. Kebanyakan mereka (maaf, bukan semua) mempunyai satu mindset iaitu 9 - 6 pm, kerja dan kerja, menyimpan, dan sampai masa bersara. Namun melalui bidang ini aku dapat kenal pelbagai manusia dari bekerja makan gaji, kerja sendiri, yang mempunyai rangkaian bisnes. Selain itu juga mendalami orang yang bermasalah KESIHATAN, RUMAHTANGGA, TIADA PEKERJAAN, PERSARAAN..Aku dapat mendalami dan melihat dari pelbagai sudut. Benarlah kata JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN..Dan benarlah juga LEBIH RAMAI ORANG KITA JUMPA, LEBIH BANYAK YANG KITA NAMPAK.

Duit? Ya, memang benar duit dapat memotivasikan kita. Tapi ilmu, networking, persahabatan di dalam proses ini melebihi nilai duit tersebut. Insyaallah duit yang aku dapat nanti juga akan aku gandakan untuk modal membeli unit-unit lain pula. Aku masih ingat kata-kata Tuan Meor Zaidee a.k.a Abang Ensem, yang menyarankan anak muda memfokuskan untuk 15 tahun pertama mengumpul aset, dan 15 tahun ke-2 menyelesaikan hutang pembiayaan pula. Insyaallah aku akan cuba mengikuti saranan tu, dan kalau boleh membuatnya lebih awal. Hehe


Part Timer Real Estate Negotiator? (Part 1)

Suatu malam pada bulan Februari, aku makan dengan sahabat yang juga mentorku dengan seorang lagi rakan yang aku kenal melalui beliau. Mamat ini seorang Real Estate Negotiator a.k.a REN, dah fulltime kira-kira 2 tahun lebih. Dalam pada kami sama-sama makan, aku bercerita perihal 1 unit yang diiklankan oleh seorang REN di Selatan sana. Aku sedang berkira-kira untuk membeli hartanah itu, terus mamat ini kata :

"Bagi aku deal mok, nanti aku CoA dengan dia!"

 

Aku dalam hati ni blur la. Apa pulak CoA ni. Lalu bertukarlah ke topik life as REN. Setelah dijelaskan perihal kerjaya ini aku jadi tertarik pula nak tahu lebih dalam. 

Dipendekkan cerita aku cuba deal dengan REN yang aku nak beli unit tu, walaubagaimanapun aku dapati REN muda ini seperti lambat sekali respons. Mana kau tak kecewa apabila mesej yang dihantar panjang hanya dijawab keesokan dekat tengaharinya. Itupun jawapan yang begitu ringkas. Aku sambil-sambil itu cuba minta bantuan rakan aku juga. Rupa-rupanya itu juga bukan listing dari REN muda tu. Kira dah CoA juga la. 

Pada satu hari, aku cuti rehat. Selepas setel urusan peribadi aku pun whatsapp rakanku itu kata nak berjumpa dan mendalami lebih lanjut pasal kerjaya dia. Kira nak follow life as REN la. Haha. Pertemuan itu pada asalnya jadi last minit di-cancelkan. Punyalah hampa aku, terus aku perli baik punya dia. Hehe

Susulan dari kisah tu pada suatu hari Ahad, aku whatsapp dia lagi. Terus diajaknya aku ke opis petang itu. Aku tak tanya banyak. Masa tu pukul 2, dia suruh aku naik terus ke pejabat kerana dia ada nak uruskan something dulu. Aku nampak bole tahan ramai orang, lepas tu terus disuruh masuk duduk di dalam. Yang bercakap rupanya seorang REN Senior. 

"Ok, yang ada dalam ni. Saya minta kenalkan diri dulu, berapa lama dah join, dari mana dan sebagainya. Dari belakang tu, boleh?"

Hahaha. Aduhai, terkena juga la aku. Terus masuk nak jadi REN la ni!

Kelas itu habis petang, lebih pasal pengiklanan. Lepas habis aku nak jumpa dia. Dia ada hal penting famili. Jadi aku balik saja. Hanya keesokannya, barulah aku dapat tanya personal. Selepas aku belanja makan Aniz Puteri, Pantai Dalam. Aku terus submit dan minta untuk register.

Kenapa aku jadi REN ni? Bersambung...

Real Estate Investor : Cubaan Bermain Flipping 2017

Hai blog..Lamanya aku tidak update. Kebizian melanda tahun ini. Dan hidup aku juga telah berubah.

Dalam 2-3 tahun lepas, aku memfokuskan untuk membeli hartanah untuk diri sendiri. Kesemuanya untuk menambah aset yang memastikan CASHFLOW POSITIF melalui sewaan. Dan pada awal tahun ini pembelian dimuktamadkan melalui 1 lagi unit yang berjaya aku beli. Kali ini unit landed di Utara Selangor, cubaanku untuk bermain FLIPPING pula. Almost 80-90k below market, cuma unitnya tak adalah cantik. Perlu dibuat pembersihan dan renovasi dahulu. Lepas itu, cun la. Hehehe.

Disebabkan pembelian ini telah lebih daripada hartanah ke-3, maka modal deposit yang perlu aku sediakan adalah 30% dari harga hartanah. Untuk seketika, aku agak goyang mengirakan modal yang perlu aku sediakan. Apatah lagi sekiranya ianya tidak mencapai analisa yang ditetapkan. Modal sememangnya telah menyusut. Maklumlah, untuk seorang WORKING CLASS seperti aku yang hanya menjawat jawatan di Agensi naungan Kerajaan. Dengan position sekarang, tentulah peluang untuk membuat pelaburan yang lebih banyak di dalam hartanah sedikit terbatas. Aku rasa ini masalah semua EMLOYEE di sana. Bak kata Robert Kiyosaki dalam Cashflow Quadrant, selagi kita EMPLOYEE, limit Pelaburan itu ada. Tidak seperti mereka di dalam Quadrant Self Employed dan Business Owner.


Walaubagaimanapun, dalam aku berdoa dan berharap memikirkan soal duit modal (booking dah bayar ni), masalah aku diatasi. Alangkah gembira dan terharunya apabila rakan baik yang merupakan mentorku dalam Property Investment ni bersetuju untuk Joint Venture di dalam unit ini. Berkongsi modal, installment, sewaan dan pada tahun ke-6 akan kita jual. Keuntungan juga dikongsikan.

Untuk aku yang kali pertama bermain LANDED dan FLIPPING ini, apabila ber-JV tentulah ianya memberikan satu kemenangan besar. Kerana segalanya kita dan partner tanggung bersama. Kos dan penjagaan. Apatah lagi pula aku berpeluang JV dengan mentor yang hebat.

"Kau kena appreciate aku ni mok! Ramai orang ajak JV dengan aku ni. Tak semua aku terima. Tapi ko, sebab kita ni kawan dah lama" 

Begitulah kata dia. Memang betul, JV ni sebenarnya cukup popular setelah Kerajaan menghadkan untuk pembelian hartanah ke-3, Bank hanya boleh memberi 70% sahaja pembiayaan. Langkah itu telah menyebabkan para pemain hartanah tidak lagi boleh senang-senang membeli hartanah yang ada. Dan ketika itu idea JV wujud. Ada yang kata ianya menindas kuota 90% orang lain, namun, kesemuanya bergantung kepada individu itu sendiri sama ada hendak menerima atau tidak.

Dengan termeterainya JV, bolehlah aku bernafas sedikit. Ini kerana unitku yang telah menerima kunci tahun lepas masih belum aku bikin. Rumah tersebut kiranya adalah rumah impian kami, namun berbekalkan keadaan sekarang, mungkin aku perlu sama ada menyewakan secara harian ataupun tahunan.

SEMOGA APA YANG DILAKUKAN HARI INI MEMBUAHKAN HASIL 5-6 TAHUN AKAN DATANG.