Suatu malam pada bulan Februari, aku makan dengan sahabat yang juga mentorku dengan seorang lagi rakan yang aku kenal melalui beliau. Mamat ini seorang Real Estate Negotiator a.k.a REN, dah fulltime kira-kira 2 tahun lebih. Dalam pada kami sama-sama makan, aku bercerita perihal 1 unit yang diiklankan oleh seorang REN di Selatan sana. Aku sedang berkira-kira untuk membeli hartanah itu, terus mamat ini kata :
"Bagi aku deal mok, nanti aku CoA dengan dia!"
Aku dalam hati ni blur la. Apa pulak CoA ni. Lalu bertukarlah ke topik life as REN. Setelah dijelaskan perihal kerjaya ini aku jadi tertarik pula nak tahu lebih dalam.
Dipendekkan cerita aku cuba deal dengan REN yang aku nak beli unit tu, walaubagaimanapun aku dapati REN muda ini seperti lambat sekali respons. Mana kau tak kecewa apabila mesej yang dihantar panjang hanya dijawab keesokan dekat tengaharinya. Itupun jawapan yang begitu ringkas. Aku sambil-sambil itu cuba minta bantuan rakan aku juga. Rupa-rupanya itu juga bukan listing dari REN muda tu. Kira dah CoA juga la.
Pada satu hari, aku cuti rehat. Selepas setel urusan peribadi aku pun whatsapp rakanku itu kata nak berjumpa dan mendalami lebih lanjut pasal kerjaya dia. Kira nak follow life as REN la. Haha. Pertemuan itu pada asalnya jadi last minit di-cancelkan. Punyalah hampa aku, terus aku perli baik punya dia. Hehe
Susulan dari kisah tu pada suatu hari Ahad, aku whatsapp dia lagi. Terus diajaknya aku ke opis petang itu. Aku tak tanya banyak. Masa tu pukul 2, dia suruh aku naik terus ke pejabat kerana dia ada nak uruskan something dulu. Aku nampak bole tahan ramai orang, lepas tu terus disuruh masuk duduk di dalam. Yang bercakap rupanya seorang REN Senior.
"Ok, yang ada dalam ni. Saya minta kenalkan diri dulu, berapa lama dah join, dari mana dan sebagainya. Dari belakang tu, boleh?"
Hahaha. Aduhai, terkena juga la aku. Terus masuk nak jadi REN la ni!
Kelas itu habis petang, lebih pasal pengiklanan. Lepas habis aku nak jumpa dia. Dia ada hal penting famili. Jadi aku balik saja. Hanya keesokannya, barulah aku dapat tanya personal. Selepas aku belanja makan Aniz Puteri, Pantai Dalam. Aku terus submit dan minta untuk register.
Kenapa aku jadi REN ni? Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan