Rabu, 20 Jun 2018

5 Pasukan Pilihan Juara World Cup 2018

Demam World Cup telah bermula. Perlawanan pertama peringkat kumpulan telahpun berakhir. Banyak kejutan berlaku. Pasukan Top yang dibarisi nama besar Germany tewas kepada Mexico, manakala Spain, Argentina, Brazil masing-masing seri. Memasuki perlawanan ke-2, aku meramalkan 5 pasukan ini dijangka menjadi Juara :-

1. GERMANY

Tidak sukar untuk meletakkan Jerman sebagai pilihan pertama. Juara edisi 2014, walaupun tewas di game pertama Jerman sentiasa konsisten di saingan World Cup. Kebiasaannya berakhir di saingan Final atau Semi-final.

Mampukah Thomas Muller melakukannya sekali lagi?

Kekuatan Jerman pastinya kepada sistem permainan possession. Ditunjangi 4 pemain utama Bayern Munich Neuer, Boateng, Hummels dan Kimmich di barisan pertahanan, barisan serangan diketuai penyerang prolifik World Cup Thomas Muller, dibantu pula Toni Kroos, Marco Reus & Julian Draxler dan Timo Werner pastinya menggerunkan mana-mana pasukan lawan.


2. FRANCE

Pilihan ke-2, skuad Perancis pada kali ini hadir dengan barisan lebih mantap menerusi pengalaman pemain seperti Griezmann, Pogba, Kante, Matuidi dan yang beraksi di final Euro 2016 lalu. Pastinya kekecewaan mahu ditebus oleh mereka. Di samping itu, kehadiran pemain muda sensasi seperti Kylian Mbappe dan Thomas Lemar menjadi bukti betapa Perancis penuh dengan alternatif pengalaman dan keghairahan.

Mbappe - Young & Dangerous

Pasukan yang aku sokong kali ini.

3. SPAIN

Sungguhpun menghampakan pada edisi World Cup 2014 dan Euro 2016, tidak wajar untuk kita menidakkan keupayaan pasukan Sepanyol. Kali ini mereka dilihat lebih bersedia melalui adunan pemain berpengalaman dan muda. Dikemudi David De Gea selaku benteng terakhir Sepanyol, barisan pertahanan nyata mantap menerusi Ramos, Pique dan Azpilicueta.

Diego Costa - Lone Striker terbaik Spain

Barisan midfield pula menerusi Busquets, Iniesta, dan Silva. Serangan pastinya akan tertumpu kepada Diego Costa selaku lone-striker. 

4. BRAZIL

Pasukan paling banyak memenangi Piala Dunia dengan 5x edisi, skuad moden ini tampil lebih matang dan bersedia di segenap posisi. Kuartet serangan Brazil punya begitu banyak option dengan bintang lincah seperti Firmino, Coutinho, Gabriel Jesus, Willian dan Neymar.

Casemiro - Zidane menggelarnya 'The Octopus'

Arkitek gerakan Brazil pastinya akan datang melalui Casemiro yang akan membuka serta mengawal tempo permainan. Brazil juga punyai pilihan pemain Midfield yang boleh bertahan iaitu Fernandinho.

5. BELGIUM

Skuad ini dianggap KUDA HITAM dalam edisi kali ini. Sering dikritik walaupun mempunyai pemain bintang tetapi persembahan pasukan Belgium selalu menghampakan. Namun pada edisi kali ini aku rasa Belgium mampu untuk pergi jauh dari edisi sebelum ini.

De Bruyne dan Hazard perlu menyerlah kali ini

Belgium pastinya menagih kudrat 3 pemain ini iaitu Lukaku-Hazard-De Bruyne. Persembahan yang mantap dari ketiga pemain ini adalah kunci kepada nasib pasukan Belgium. Barisan pertahanan Belgium juga mantap menerusi back three gandingan Alderweireld, Vertonghen dan Company.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan