Semalam 16 Julai 2018, aku telah dijemput oleh Developer untuk melihat sendiri projek perumahan yang telah siap untuk diduduki. Kebetulan semalam juga ada Pembeli terawal yang membeli rumah ni mengambil kunci.
Nama Projek ni SERINTIN. Kesemua binaan adalah 2 Storey dan ada 137 unit je. Lokasinya di Mantin, Negeri Sembilan. Pemaju adalah CPI Land Sdn Bhd yang dikenali dengan projek AVANTAS RESIDENCY di Jalan Klang Lama dan TUAN RESIDENCY di Jalan Ipoh, KL.
Seawal jam 9.30am lagi aku dah sampai, kat sebelah kiri pintu masuk projek ni je Sales Gallery. Beberapa Pembeli dah sampai walaupun Sales Gallery buka jam 10am. Tak lama lepas itu kawan aku sampai dan kitorang masuk galeri di samping menyapa Pembeli yang mengambil kunci.
Bila masuk ke dalam galeri korang akan jumpa ni dulu.
Scale model. Ada 2 type iaitu A (tiada balkoni) dan B (ada balkoni)
Kebetulan Pembeli pun ada sekali, aku pun tanya lah
Ambil cuti ke harini bang? Kerja mana?
Haah, cuti sehari. Kerja kat KL..
Oo..Tak jauh ke ulang-alik?
Jauh sikit la, tapi dah biasa..Duk sini dah lama, orang rumah pun suka sini.
Menarik juga bila Pembeli yang kerja di KL pun beli unit kat sini. Sebab asalnya, ingatkan Pembeli mesti kalangan yang kerja di PUTRAJAYA, NILAI, SEREMBAN atau BANGI/KAJANG je. Lepas tu, aku pun follow sekali wakil Developer dan Pembeli tadi masuk rumah.
Gambar ruang Dry Kitchen yang dah siap.
Ini pula bahagian Wet Kitchen. Developer dah buat extended siap-siap. Wow!
Ruang bilik air. Dah fully tiles sampai atas. Menarik!
Tak lama selepas tu, sembang-sembang..Mulanya dia bercerita tentang offer dan pakej, sekali dia ajak tengok terus Rumah Contoh di Unit Corner.
Gambar lama sebab lupa nak ambil =P
TOILET BAWAH
Mari kita tengok bahagian atas pulak
MASTER BEDROOM
BILIK KE-2
Interior Designer bagi idea buat katil bujang di atas
Material Roof Tiles jenama MONIER, Porcelain & Ceramic Tiles brand GUOCERA, cat brand DULUX, sampai lah ke suis jenama HAGER.
Selain tu, mereka tak guna teknologi IBS tapi menggunakan RED BRICK & WHITE BRICK. Hmm..Kalau ikut bacaan di Google, RED BRICK ni lebih baik sebab dapat tampung tahap serapan kepanasan berbanding IBS. Sebab tu rata-rata rumah baru sekarang rasa lebih panas sampai kena buka Aircond selalu. Kalau ikutkan binaan IBS ni sebenarnya banyak masalah sebab iklim Malaysia yang lembap (panas dan hujan). Developer sekarang memang suka sistem IBS sebab cepat pasang siap.
Aku (tengah) ditemani rakan (spek hitam) dan wakil Developer (kanan)
Begitulah sedikit sebanyak berkenaan projek rumah SERINTIN. Ada yang
berminat nak BOOKING projek ni ke? Ada dalam 10 unit yang
terakhir..Sebenarnya projek ni dah lama SOLD OUT tapi sebab ada yang tak lepas loan, jadi open balik. Mana taknya cuba korang imagine
BOOKING RM 500
Installment bulanan
lebih kurang sekitar RM +/- 2200 je. Mana nak dapat deal macam ni. Dengan modal RM 500 korang dapat rumah macam FREE.
Kalau Penjawat Awam paling untung, boleh buat
pembiayaan LPPSA 100%. Kiranya nanti kalau korang buat full loan, korang akan dapat duit lebih nanti. Jadinya? Korang boleh la buat reno-reno ke, beli rumah lain ke, belanja itu ini. Dan time tu harap korang janganlah lupa aku ni. Doakan murah rezki takpa dah. Huhu
Kalau korang serius minat, boleh la PM/ Whatsapp kat 0193841959..Taip "SERINTIN"...Nanti aku uruskan APPOINTMENT untuk unit ni. Ada rezeki, korang dapat rumah ni insyaallah. Mulakan dengan langkah pertama iaitu Whatsapp. Sori ni bukan MLM ye, beli rumah memang dapat rumah. Dah siap pun rumahnya tu. Sambil datang galeri, tengok rumah contoh tengok sekali rumah siap yang dapat kunci =P
CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3841959 (Amilin)..Taip "SERINTIN"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan