Sabtu, 24 Ogos 2019

PERUNDING HARTANAH ANDA

Nama                  :   Mohd Khairul Amilin Ab Halim

Tempat Lahir     :  Seremban, Negeri Sembilan
Tempat Tinggal  :  Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Status                  :  Berkahwin
Kerjaya              :   Probationary Estate Agent Gather Properties Sdn Bhd - E (1) 1536
No. REN             :   PEA 2667
No. Tel                :   019-3841959

Perkhidmatan Saya:

1) Membantu anda untuk uruskan penjualan hartanah

2) Membantu anda untuk dapatkan hartanah yang diidamkan

3) Membatu anda menguruskan sewaan hartanah

4) Membantu anda urusan dokumentasi kelulusan Bank

5) Mendapatkan perkhidmatan peguam yang terbaik

6) Memberi panduan pelaburan hartanah

6 Tips Pilih Agensi Hartanah Untuk Yang Nak Jadi Perunding Hartanah (REN)


6 TIPS PEMILIHAN AGENSI HARTANAH

Kepada yang telah menghadiri kursus NCC dan memperoleh sijil, anda sudah boleh mendaftar dengan agensi hartanah. Saya kongsikan sedikit pandangan & tips untuk anda 

#1 Yuran Penyertaan

Cuba anda survei terlebih dahulu kos untuk menyertai agensi tersebut. Berapakah yuran dikenakan. Rata-rata agensi mengenakan sekitar RM 250 - RM 1,000 sebagai permulaan untuk menyertai agensi mereka. Kos yang berbeza ini anda boleh lah tanyakan apakah yang akan anda dapat melalui duit yang dibayar tersebut.

Baju Korporat

Agensi yang mengenakan cas tinggi mungkin menggunakan sebahagian duit anda untuk membuat STARTING KIT seperti namecard, lanyard, tshirt, banner & sebagainya.

#2 Kad REN tag

Cuba semak dengan agensi berkenaan jika anda sertai adakah REN tag akan diberikan. Ini penting untuk anda bekerja sebagai Perunding Hartanah berdaftar, REN tag biasanya adalah salah satu perkara clients akan tanya & tengok. Ini bagi memastikan mereka rasa secure bila berurusan dengan anda.

Sesetengah agensi tidak memberi REN tag kepada mereka yang baru sertai. Agensi ini biasanya meletakkan syarat atau target kepada anda sebelum dipertimbangkan mendapat REN tag. Sebagai contoh, mahu anda closed sale RM 1,000,000 dahulu.

Ada juga agensi yang dah lebih setahun ada sertai dan close sale pun mereka tak beri juga REN tag kerana kuota REN mereka dah penuh. Anda kena tunggu REN di agensi tersebut ditamatkan dahulu baru boleh ambil kuota mereka.

#3 Bimbingan Latihan Mentor

Tanya pada agensi tersebut, apakah ada bimbingan & latihan serta mentor apabila anda menyertai mereka. Perkara ini amat penting terutama bagi yang tiada pengalaman & pengetahuan bagaimana hendak bermula. 




Biasanya, setiap Perunding Hartanah baru akan mempunyai Leader untuk dirujuk dan Leader ini akan membantu anda bagaimana untuk bermula sehingga anda berjaya. Lama-lama anda pun dah boleh gerak sendiri. 

#4 Tier REN

Tanya pada agensi tersebut jika anda sertai berapakah tier percentage untuk komisenKebiasaannya tier permulaan untuk ejen baru adalah 60%-65%.

Walaubagaimanapun, setiap agensi mempunyai cara Pengurusan mereka yang tersendiri.
Perkara berkenaan tier ini agak sensitif dan dinasihatkan jika anda bertanya sekalipun, cukup sekadar mendapat info dan bukannya mempersoalkan kepada agensi tersebut pula.

#5 Lokasi Pejabat Agensi

Lokasi agensi juga memainkan peranan. Ada agensi mewajibkan REN mereka hadir dalam meeting. Ada agensi buat meeting setiap minggu, ada yang 2x sebulan. Jadi, jika lokasi pejabat dengan anda jauh, maka ia tentu sedikit sebanyak beri efek kepada anda.

Walaubagaimanapun, faktor ni bukanlah perkara utama. Mungkin di awalnya agak susah sebab anda kena selalu hadir ke meeting & kelas. Lama kelamaan dah tak perlu kerap hadir. Jika Leader anda pun stay berhampiran dengan anda pun dah ok. At least tidak lah begitu jauh untuk anda berkomunikasi. 

Selagi anda bersemangat dan berterusan buat sale, pasti boleh. Saya ada kenal dengan seorang REN ini, janda anak dua. Duduk di Seremban, agensi di Petaling Jaya. Tetap steady closed sale tak putus setiap bulan!

#6 Kelebihan Agensi

Mana-mana agensi adalah sama modus operandinya. Namun, setiap agensi ada  pula kelebihannya tersendiri. Anda nilaikan kelebihan tersebut adakah sesuai dengan jiwa & minat anda.


a. Agensi yang memberi reward & award seperti tajaan melancong, umrah dan sebagainya.
b. Agensi yang mempunyai banyak Projek Undercon yang dilantik oleh Pemaju secara Eksklusif untuk dijual.
c. Agensi yang aktif buat aktiviti mingguan seperti riadah/hiburan/kemasyarakatan.
d. Agensi yang sempoi tak buat anda rasa terbeban dengan meeting wajib @ asyik tanya sale selang seminggu.

Jadi, anda rasa bagaimana? Agensi mana yang akan anda sertai?

Kepada yang berminat nak mengetahui berkenaan agensi & team saya, boleh contact.

https://maxxanrealty.onpay.my/order/form/seminarkhklfeb2024/133

MOHD KHAIRUL AMILIN AB HALIM (PEA 2667)
# FB : Khairul Amilin
# H/P : 019-3841959 (Whatsapp/Call)
# Emel : amilinproperty@gmail.com

Cara Menjadi Perunding Hartanah (REN)

"Macamana nak jadi Perunding Hartanah ye?"

Sebenarnya, hendak menjadi Perunding Hartanah ini tidak lah susah. In fact, hampir sesiapa sahaja boleh mula menceburkan diri menjadi Perunding Hartanah. Cumanya, effort serta tindakan kita selepas menceburi menjadi Perunding Hartanah itu lebih penting.

Nak jadi seorang Perunding Hartanah pertamanya mesti hadir kursus Negotiators Certification Course (NCC) selama 2 hari. Kursus ni berbayar, kosnya RM 600 sahaja. Ada banyak body yang menganjurkan kursus ini contohnya :-

1) Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA)https://www.miea.com.my/ncc


2) Good Institute : https://www.goodinstitute.my/v2/


3) Excel Academy of Real Estatehttps://realestate.excelacademy.my/courses/

4) Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM)http://peham.org.my/


Melalui kursus ini anda akan mempelajari tugas & tanggungjawab menyeluruh sebagai seorang Perunding Hartanah. Selepas tamat kursus, anda akan dapat sijil certified.

Lepas tu nak buat apa lepas pergi kursus? Selepas dapat sijil, bolehlah anda pilih agensi mana untuk daftar. Ada banyak agensi hartanah dan dinasihatkan untuk anda buat sedikit research berkaitan agensi. Saya kongsikan Tips Memilih Agensi Hartanah. Klik di sini 

Selepas anda memilih, memohon serta diterima memasuki Agensi Hartanah berkenaan. Anda majukan gambar serta majukan sijil kursus kepada Pengurusan Agensi untuk membuat REN tag. Agensi Hartanah akan submit kepada Lembaga BOVAEP. Dan, sampai masanya nanti pihak Lembaga akan maklumkan bila REN tag dah siap untuk diambil.

Maka secara rasminya, anda menjadi Perunding Hartanah berdaftar di agensi berkenaan dengan jayanya.


Kepada yang berminat nak menyertai team saya, boleh contact :-

MOHD KHAIRUL AMILIN AB HALIM (PEA 2667)
# FB : Khairul Amilin
# H/P : 019-3841959 (Whatsapp/Call)
# Emel : amilinproperty@gmail.com

Maxxan Realty Sdn Bhd

Jumaat, 23 Ogos 2019

6 Sebab Kerjaya Perunding Hartanah REN Jadi Pilihan

Abu : "Bro, dengar kata ko dah resign kerja Bank betul ke?" 
Ali   : "Betul bro. Baru minggu lepas.."

Abu : "Abis, sekarang ni ko kerja apa?"
Ali   : "Aku jadi ejen hartanah"

Abu : "Ejen Hartanah? Ejen hartanah tu kerja apa? Ada basic ke?
Ali   :  "Takde basic pun..Commission based bro."

Abu : "Sanggup ko resign bro??..bla..bla.."
Ali   :  ...........................

Jangan terkejut. Dialog ini mungkin pernah terjadi di kalangan anda atau sekeliling anda. Pernahkah anda mendengar Kerjaya sebagai Ejen Hartanah? Apa kerja ejen ni sebenarnya?



Kerjaya Ejen Hartanah sebenarnya merupakan kerjaya yang diiktiraf. Ia bernaung di bawah Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia (BOVAEP) di mana BOVAEP ini berada di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia. Website nya : https://lppeh.gov.my/WP2016/



Macamana nak tahu individu tu adalah Ejen Hartanah? Jawapannya setiap ejen hartanah ini mestilah berdaftar dengan Lembaga dan bernaung di bawah Agensi Hartanah. Setiap Ejen hartanah berdaftar mestilah memiliki REN Tag.


 Contoh kad REN tag Ejen Hartanah


Bukan boleh senang-senang nak terus jadi ejen ni, perlu melalui beberapa prosesnya. Boleh klik di sini

Jadi, Kenapa Kerjaya Ejen Hartanah?



Jangan terkejut jika anda mendapati kebanyakan yang menjadi ejen hartanah pada hari ini bukan calang-calang orangnya. Daripada yang berkelulusan SPM hingga telah mempunyai pangkat atau title Profesional seperti Dr., Ir., Sr., Prof. dan lain-lain juga menjadi ejen hartanah.



Ada yang telah menjawat jawatan tertinggi dalam Badan Korporat, Badan Berkanun, GLC & Kerajaan juga menjadikan kerjaya Ejen Hartanah sebagai kerja tetap mereka. Mengapakah mereka ini sanggup membuat keputusan sedemikian?



#1 Pendapatan Yang Tiada Had


Bila anda menjadi Ejen Hartanah, anda lah yang menentukan berapa pendapatan yang anda mahukan. Contohnya jika anda menginginkan pendapatan RM 6,000 sebulan, maka anda perlu menyusun strategi ke arah mendapatkan pendapatan itu.


Pendapatan datangnya dari Sale/Rental yang anda buat


Kiraan Pendapatan Ejen Hartanah ini sebagai contoh,

Katakan 1 hartanah ini anda jual berharga RM 300,000. Amaun ini anda darabkan dengan 3%, akan menjadi RM 9,000. Oh ya mengapa 3% ya? Baik, setiap agensi hartanah disyaratkan oleh Lembaga BOVEAP untuk mengenakan fees kepada Pemilik/Penjual hartanah sehingga 3% sahaja (tidak termasuk SST).

Baik, jadi daripada RM 9,000 tu berapakah ejen hartanah akan dapat? Sebab anda perlu ingat. Fee tersebut adalah kepada agensi hartanah anda bernaung, maka ada pembahagiannya di antara agensi dan ejen.

Katakan 70%, jadi 70% x RM 9,000 = RM 6,300.

Nah, inilah pendapatan anda untuk hartanah tersebut. Ini baru 1 hartanah harga RM 300,000. Kalau anda jual 2 unit sebulan maknanya dah RM 12,600. Kan?

Begitu juga jika anda mahukan pendapatan menghampiri RM 15,000 sebulan, maka anda perlu menjual hartanah yang berharga RM 700,000 sebulan. Kiraannya :

RM 700,000 x 3% = RM 21,000

RM 21,000 x 70% = RM 14,700

Menarik bukan?


#2 Masa Yang Fleksibel

Kerjaya ejen hartanah ni masanya fleksibel, sebab anda akan deal dengan clients ikut masa mereka. Katakan anda ada prospek Pembeli yang nak membeli rumah. Jadi anda pun set tarikh & masa nak bawa Pembeli tu viewing rumah ikut bila Pembeli available. Jika Pembeli tu bekerja office hour kemungkinan dia akan minta nak tengok rumah sebelah petang/ malam weekdays (selepas kerja) atau weekend.

Kadang-kadang, jika clients yang bekerja masa shift atau seperti Businessman/woman, mereka ni mungkin nak view rumah hari weekdays siang pula. Jadi, masa tu memang fleksibel. Jika hartanah tu ada Pemilik atau Penyewa yang sedang duduk maka anda perlu susun juga masa mereka available.

Ramai yang dahulunya bekerja memilih menjadi ejen ni sebab faktor fleksibel ni. Mengurus sendiri anak mereka, menghantar anak rumah pengasuh & ambil anak sekolah sendiri, dan ada yang menjaga orang tua di rumah. Dan pelbagai lagi situasi. Ye lah, lain orang..Lain situasi keadaan keluarga kan?


Ada yang mengurus anak di samping menjadi ejen


#3 Be Your Own Boss

Bila anda jadi Ejen Hartanah, anda lah Bos diri anda sendiri. Takda sapa nak bagitau atau marah jika masuk office lambat. Tak payah anda susah payah pagi-pagi menghadap jem berjam lamanya. Bila punch card merah, kena bagi alasan pula jalan jem setiap kali lambat. Kan?

Kalau anda tak datang office pun takpe! Ya, kerja ejen ni anda nak kerja di mana-mana pun takpe. Di rumah boleh..sambil-sambil tengok anak kecil, atau pun nak duduk di cafe yang ada wifi sambil minum coffee. Janji anda tau apa yang nak dibuat.


Sambil minum kopi di Starbcuks pun boleh bekerja


Kalau anda nak cuti pun, dah tak perlu isi borang cuti dan tunggu Bos approve ke tak. Ada yang gaduh masam muka dengan rakan sekerja pasal giliran cuti raya? Bila anda jadi ejen, suka hati anda lah nak cuti raya seminggu atau sebulan sekalipun. Boleh la balik kampung ikut masa anda sendiri.

Dan satu lagi, politik pejabat pun takde. Budaya mengampu & membodek Bos, biasa lah nak dapat KPI prestasi tinggi. Bila KPI tinggi, bonus pun tinggi. Chances nak naik pangkat pun lagi tinggi. Mana yang pandai bermulut manis tu memang Bos pun nampak & suka kan? Walhal kerja anda lagi tip-top dari dia. Itu memang lumrah..




Bila anda dah jadi ejen, elemen ni semua tak bermakna. Anda buat sales yang banyak, anda dapat banyak. Dan dapat recognition. Anda puas hati. Ye lah, usaha tu totally dari diri anda sendiri 100%, di samping rezeki dari Ilahi.


#4 Modal Minimum

Ada juga orang yang tak minat bekerja dengan orang, jenis tak suka orang mengarah. Nak juga kerja cari duit sendiri & berniaga contohnya. Kerjaya ejen hartanah ni pun sesuai untuk orang macam ni.

Sebabnya, modal yang minimum. Ambil contoh, katakan anda nak berniaga kedai makan. Modal nak buka kedai makan ni bukan sedikit. Mula-mula kena usahakan modal untuk sedia bahan mentah hingga masakan. Kemudian, lokasi tapak kedai makan. Perlu bayar sewa kedai & deposit 2-3 bulan. Itu belum kira modal anda kena keluar beli peralatan kerusi meja & renovate kedai. Semuanya memerlukan modal yang banyak.

Berapa modal untuk kerjaya ejen hartanah? Pertama sekali RM 600. Ini untuk anda menghadiri kursus Negotiator Certification Course (NCC) yang dianjurkan oleh Badan/Institusi/Agensi yang bertauliah.





Setelah anda menghadiri kursus NCC selama 2 hari ini, anda bolehlah mendaftar dengan mana-mana agensi hartanah yang beroperasi. Kebiasaannya ada fees yang dikenakan untuk anda sertai agensi tersebut. Anda bolehlah survei sendiri. Tips pemilihan agensi hartanah ni boleh klik di sini


#5 Tidak Mengira Kelayakan Akademik

Nak jadi ejen hartanah ni apa kelayakan akademik ya? Jawapannya SPM sahaja. Ya, cukup dengan minimum SPM anda sudah boleh menjadi ejen hartanah. Dalam bidang ini, akademik bukan No.1, namun jika anda mempunyai taraf akademik yang tinggi ia tentu membantu diri anda bila berurusan dengan clients

Ada ejen yang saya kenal, memberi namecard nya. Wah..Ada title Dr. dihadapan. Tentunya hormat kepadanya lebih tinggi. Client pun jika berurusan tidak berani nak cakap selamba tentang ejen, betul tak?


#6 Knowledge & Networking Hartanah

Bila anda masuk ke dalam kerjaya ini, anda akan dapat banyak sekali ilmu dan peluang networking. Untuk yang muda-muda, dapat ilmu menguruskan proses jual beli hartanah dari A-Z. Perkara yang jarang orang ada. Ye lah kebiasaannya ilmu jualbeli ni pun kalau anda tak beli dan tak jual hartanah anda sendiri, macamana anda nak ada ilmu pengalaman proses jualbeli tu kan?

Jadinya, suatu masa nanti jika mereka ini nak beli rumah sendiri pun mereka dah tahu selok belok proses jualbeli di samping kawasan yang mereka hendak beli sama ada untuk tujuan own stay atau Pelaburan.

Tentang NETWORKING, ini lah yang menarik sekali. Semasa saya bekerja di majikan lama dulu, saya hanya kenal rakan sepejabat atau Bos yang mana mereka ni latar belakangnya agak identical seperti saya. Contohnya makan gaji, kerja pagi balik lewat petang, itu sahaja. STRAIGHT FORWARD. 

Bila anda involve jadi ejen, anda akan berjumpa dengan individu dengan pelbagai latarbelakang dan kerjaya. Pemain bolasepak profesional, artis hiburan TV, tokoh politik, Businessman yang berjaya tapi low-profile dan lain-lain lagi. Ini antara networking yang anda susah nak dapat peluang jumpa dengan mereka. Jika dah berjumpa tu selain berurusan tentang proses jualbeli hartanah, anda berbual lah dengan mereka. Mana tau ada rezeki, anda pula dapat peluang JV atau bekerjasama dengan mereka suatu hari kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!





Kepada yang berminat nak menyertai team saya, boleh contact.


MOHD KHAIRUL AMILIN AB HALIM (PEA 2667)
# FB : Khairul Amilin
# H/P : 019-3841959 (Whatsapp/Call)
# Emel : amilinproperty@gmail.com