Sabtu, 24 Ogos 2019

Cara Menjadi Perunding Hartanah (REN)

"Macamana nak jadi Perunding Hartanah ye?"

Sebenarnya, hendak menjadi Perunding Hartanah ini tidak lah susah. In fact, hampir sesiapa sahaja boleh mula menceburkan diri menjadi Perunding Hartanah. Cumanya, effort serta tindakan kita selepas menceburi menjadi Perunding Hartanah itu lebih penting.

Nak jadi seorang Perunding Hartanah pertamanya mesti hadir kursus Negotiators Certification Course (NCC) selama 2 hari. Kursus ni berbayar, kosnya RM 600 sahaja. Ada banyak body yang menganjurkan kursus ini contohnya :-

1) Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA)https://www.miea.com.my/ncc


2) Good Institute : https://www.goodinstitute.my/v2/


3) Excel Academy of Real Estatehttps://realestate.excelacademy.my/courses/

4) Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM)http://peham.org.my/


Melalui kursus ini anda akan mempelajari tugas & tanggungjawab menyeluruh sebagai seorang Perunding Hartanah. Selepas tamat kursus, anda akan dapat sijil certified.

Lepas tu nak buat apa lepas pergi kursus? Selepas dapat sijil, bolehlah anda pilih agensi mana untuk daftar. Ada banyak agensi hartanah dan dinasihatkan untuk anda buat sedikit research berkaitan agensi. Saya kongsikan Tips Memilih Agensi Hartanah. Klik di sini 

Selepas anda memilih, memohon serta diterima memasuki Agensi Hartanah berkenaan. Anda majukan gambar serta majukan sijil kursus kepada Pengurusan Agensi untuk membuat REN tag. Agensi Hartanah akan submit kepada Lembaga BOVAEP. Dan, sampai masanya nanti pihak Lembaga akan maklumkan bila REN tag dah siap untuk diambil.

Maka secara rasminya, anda menjadi Perunding Hartanah berdaftar di agensi berkenaan dengan jayanya.


Kepada yang berminat nak menyertai team saya, boleh contact :-

MOHD KHAIRUL AMILIN AB HALIM (PEA 2667)
# FB : Khairul Amilin
# H/P : 019-3841959 (Whatsapp/Call)
# Emel : amilinproperty@gmail.com

Maxxan Realty Sdn Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan