6 TIPS PEMILIHAN AGENSI HARTANAH
Kepada yang telah menghadiri kursus NCC dan memperoleh sijil, anda sudah boleh mendaftar dengan agensi hartanah. Saya kongsikan sedikit pandangan & tips untuk anda
#1 Yuran Penyertaan
Cuba anda
survei terlebih dahulu kos untuk menyertai agensi tersebut. Berapakah yuran
dikenakan. Rata-rata agensi mengenakan sekitar RM 250 - RM 1,000 sebagai
permulaan untuk menyertai agensi mereka. Kos yang berbeza ini anda boleh lah
tanyakan apakah yang akan anda dapat melalui duit yang dibayar tersebut.
Baju Korporat
Agensi
yang mengenakan cas tinggi mungkin menggunakan sebahagian duit anda untuk
membuat STARTING KIT seperti namecard, lanyard, tshirt, banner
& sebagainya.
#2 Kad REN tag
Cuba
semak dengan agensi berkenaan jika anda sertai adakah REN tag akan diberikan.
Ini penting untuk anda bekerja sebagai Perunding Hartanah berdaftar, REN tag
biasanya adalah salah satu perkara clients akan tanya &
tengok. Ini bagi memastikan mereka rasa secure bila berurusan
dengan anda.
Sesetengah
agensi tidak memberi REN tag kepada mereka yang baru sertai. Agensi ini
biasanya meletakkan syarat atau target kepada anda sebelum
dipertimbangkan mendapat REN tag. Sebagai contoh, mahu anda closed sale RM
1,000,000 dahulu.
Ada juga
agensi yang dah lebih setahun ada sertai dan close sale pun
mereka tak beri juga REN tag kerana kuota REN mereka dah penuh. Anda kena
tunggu REN di agensi tersebut ditamatkan dahulu baru boleh ambil kuota mereka.
#3 Bimbingan Latihan Mentor
Tanya pada agensi tersebut, apakah ada bimbingan & latihan serta mentor apabila anda menyertai mereka. Perkara ini amat penting terutama bagi yang tiada pengalaman & pengetahuan bagaimana hendak bermula.
Biasanya,
setiap Perunding Hartanah baru akan mempunyai Leader untuk dirujuk dan Leader
ini akan membantu anda bagaimana untuk bermula sehingga anda berjaya. Lama-lama
anda pun dah boleh gerak sendiri.
#4 Tier REN
Tanya
pada agensi tersebut jika anda sertai berapakah tier percentage untuk
komisen. Kebiasaannya tier permulaan untuk ejen baru adalah
60%-65%.
Walaubagaimanapun,
setiap agensi mempunyai cara Pengurusan mereka yang tersendiri.
Perkara
berkenaan tier ini agak sensitif dan dinasihatkan jika anda
bertanya sekalipun, cukup sekadar mendapat info dan bukannya mempersoalkan
kepada agensi tersebut pula.
#5 Lokasi Pejabat Agensi
Lokasi agensi juga memainkan peranan. Ada agensi mewajibkan REN mereka hadir dalam meeting. Ada agensi buat meeting setiap minggu, ada yang 2x sebulan. Jadi, jika lokasi pejabat dengan anda jauh, maka ia tentu sedikit sebanyak beri efek kepada anda.
Walaubagaimanapun, faktor ni bukanlah perkara utama. Mungkin di awalnya agak susah sebab anda kena selalu hadir ke meeting & kelas. Lama kelamaan dah tak perlu kerap hadir. Jika Leader anda pun stay berhampiran dengan anda pun dah ok. At least tidak lah begitu jauh untuk anda berkomunikasi.
Selagi anda bersemangat dan berterusan buat sale, pasti boleh. Saya ada kenal dengan seorang REN ini, janda anak dua. Duduk di Seremban, agensi di Petaling Jaya. Tetap steady closed sale tak putus setiap bulan!
#6 Kelebihan Agensi
Mana-mana agensi adalah sama
modus operandinya. Namun, setiap agensi ada pula kelebihannya tersendiri. Anda nilaikan kelebihan tersebut adakah sesuai dengan jiwa & minat anda.
a. Agensi
yang memberi reward & award seperti tajaan melancong, umrah dan sebagainya.
b. Agensi
yang mempunyai banyak Projek Undercon yang dilantik oleh Pemaju secara Eksklusif untuk dijual.
c. Agensi
yang aktif buat aktiviti mingguan seperti riadah/hiburan/kemasyarakatan.
d. Agensi yang sempoi tak buat anda rasa terbeban dengan meeting wajib @ asyik tanya sale selang seminggu.
Jadi,
anda rasa bagaimana? Agensi mana yang akan anda sertai?
Kepada
yang berminat nak mengetahui berkenaan agensi & team saya, boleh contact.
https://maxxanrealty.onpay.my/order/form/seminarkhklfeb2024/133
MOHD
KHAIRUL AMILIN AB HALIM (PEA 2667)
# FB :
Khairul Amilin
# H/P :
019-3841959 (Whatsapp/Call)
# Emel :
amilinproperty@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan