Sabtu, 14 Januari 2017

Pengalaman Pertama Bid Rumah Lelong

First time aku pergi bid rumah lelong ialah dalam tahun 2009. Itulah kali pertama aku pergi dewan lelong. Yang kelakarnya masa tu, aku ajak seorang kawan sekelas masa sekolah ikut sekali. Masa tu, dia baru balik dari Jepun dan jadi Engineer tapi cukup bersemangat bab hartanah ni. Siap dah masuk macam-macam seminar dan kelas. Kebetulan pulak dia cuti haritu.

Masa tu, ilmu yang aku ada dalam lelong ni cumalah bersandarkan kepada buku Azizi Ali dan maklumat dari rakan sekerja yang lebih senior secara tak rasmi. Lelongan berlangsung di NSTP Jalan Riong Bangsar, pukul 3pm dan hari bekerja. Jadi, aku ambil cuti dan pergi sambil ditemani member aku tu.


Antara buku terawal Azizi Ali yang aku beli

Hartanah yang aku nak beli tu ialah flat Bukit Angkasa Pantai Dalam. Masa tu harga rizabnya adalah RM70,000. Aku dah sediakan Bank Draf RM7,000 sebagai keperluan 10% harga rizab untuk masuk bidding. Dan aku juga bawakla cash dalam dalam RM2,000 untuk standby kenaikan hartanah tu. Itula sebab aku ajak member aku sebab takut kena rompak ke kat sana. Haha maklumlah tak pernah alami benda-benda ni.

 Flat Bukit Angkasa, Pantai Dalam.

Sebelum tu, aku dapat tahu yang Market Value rumah tu cuma RM85,000 saja. Nak ikut buku punya pasal, aku pun bajetla maksimum situ aku nak bid dalam RM80,000 saja. Duit lebih nanti nak bayar lawyer la, repair-repair lagi dalaman rumah. Masa aku view rumah tu time balik kerja sehari sebelumnya, punyalah penakut naik separuh dah turun takut ada Owner terjegil ke tunggu dengan parang sambil cakap "Ko nak beli rumah ni ke? Siap kau!" Huhu.

Cumanya aku rasa rumah tu macam kosong. Peti surat pun penuh flyers dan segala surat. Jadi mungkin Owner tinggal dengan ada kerosakan agaknya. Kalau tak lebih baik dia sewakan dak? Gitulah telahan aku.

Aku minat nak masuk disebabkan sewaannya yang tinggi berbanding harga rumah. Aku memang familiar dengan tempat ni sebab selalu datang rumah sewa kawan aku zaman belajar UM dulu. Sewa dalam RM550-600. Jadi kalau beli RM80k, bayar bulanan RM400. Untungla dalam RM150-200. Betul la logik newbie macam aku ni kan? Hehe.
 
Masa sampai tempat bidding tu agak awal, tak ramai orang. Masa tu pelelong ada buat minum petang dan ada kuih untuk pembida dan agen yang datang. Tapi punyalah kami ni penakut, lepas register, terus sorok paddle dalam beg pergi tempat lain tak jauh dari situ. Minum pun langsung taknak kononnya sebab takut diganggu "Ulat" la. Hahaha..Bila orang tanya cakap je datang tengok-tengok nak belajar.

Akhirnya tiba masa lelongan bermula. Kami berdua masuk dan duduk antara seat depan. Langsung tak pandang sapa-sapa. Lelongan pun dijalankan, aku menunggu penuh debar berapakah orang masuk. Banyak juga lelongan haritu, aku perasan ada orang menang harga rizab. Untunglah, camana bole takde orang ya? Aku cakap dalam hati.

Setiap kenaikan bidaan masa tu sekitar RM1k hingga ke RM2k. Jadi, aku pun mulalah mencongak strategi. Dalam hati, kalau Market Value RM85k. Katalah kenaikan RM2k sekali angkat. Jadi aku hanya perlu simpan paddle dan angkat semasa bidaan mencecah RM78k. Sekejap-kejap aku fikir balik. Eh, katalah RM80k tu semua orang nak. So aku jadi RM82k ke? Sebab sewa pun RM600. Bayar bank baru RM400+. Still untung...Begitulah lelongan.. selagi tak sampai turn kita memang tak senang duduk. Aku perasan yang semasa lelongan tu dalam 2-4 orang je paling ramai berlawan. Ok, kata aku dalam hati..

Akhirnya, hartanah yang aku nak bid tu rupanya diletakkan last sekali hari tu. Kemuncak..Fuhh suspens. Pelelong memanggil ikut no. paddle, jadi pembida perlu tunjukkan paddle. Mak aih, 8 orang kesemuanya! Kami dipanggil duduk depan sebab terlalu jauh. Aku yang memang kat depan, kejap je ke seat depan. Pelelong pun berkata :

"Untuk hartanah ini, setiap kenaikan bidaan adalah RM5,000!" aku terkejut dalam tak bersedia. Gila!"

Pelelong memulakan bicaranya, jadi bla..bla..bla..ada yang nak pada harga RM75k? Seorang mengangkat paddle. 75k!

Ah, aku kena cepat angkat ni..Tiba-tiba, dah ada orang angkat pula. So jadi RM80K!

Itu bajet aku! Kecewa betul. Keadaan diam sebentar. Pelelong bertanya, ada yang nakkan pada RM85k? 

Baru aku nak fikir yang berbaloi ke beli pada MV, dah ada orang angkat jadi RM85K! Perempuan pulak tu! Aduhhh, pedihh!

Kemudian, suasana senyap seketika. Pelelong bertanya lagi, ada yang mahu pada RM90k?

Aku memikirkan masa tu memang duit aku ada RM2,000. Tapi aku tak tahu keadaan dalam rumah, sebenarnya ada orang ke takde? Rosak teruk ke tak? Maintenance? Apa tu kaveat? Jujurnya masa ni aku memang tak tahu sangat. Sebab hanya baca buku teori.

Pap, ada sorang angkat pulak. RM90K!

Pelelong memujuk kami yang lain pula, katanya MV sini RM100K. Siap jeling aku masa tu suruh aku angkat, sebab aku tak sempat angkat lagi. Aku rasa geram betul. Takkan Valuer tipu kan? Ni mesti taktik nak up kan harga.

Pelelong pun kata, RM90k panggilan satu! RM90k panggilan kedua..dan..

Pap, perempuan 85k tadi angkat semula. Sekarang jadi 95k!

Aku perasan semua masa tu wajah serius. Ada yang geleng kepala. Yang perempuan tu kerut dahi.

Akhirnya, 95k panggilan 1, panggilan 2 dan panggilan 3, jual RM95k kepada Puan!

Selepas mengambil kembali bank draf, pulanglah aku dalam keadaan hampa. Dalam kereta aku dan member berbincang hebat. Masing-masing pengalaman pertama masuk dewan lelongan. Topik paling hangat sebab naik sampai 5k tu lah sekali bid. Tak prepare betul. Siap tak sempat merasa angkat paddle! Hahaha. Kami siap predict habis la perempuan tadi tu. Banker value RM85k saja. Nak kena cekau lagi RM10k nanti..nak sedapkan hati. Huhu.

Fast forward, bertitik tolak dari situ member aku ni jadi gila kepada dewan lelongan. Peristiwa itu tak sangka memberi impak kepada dia hingga menjadi antara top Ejen lelong yang famous di kalangan orang Melayu. Namanya..hehe rahsia..Aku pun alhamdulillah akhirnya setelah beberapa kali mencuba juga menikmati hasil menggunakan khidmatnya. Kenangan ini pasti menjadi memori paling manis dan bersejarah.

Flat tu pun sekarang, mak aih..RM200K lebih pun orang tak jual lagi! Menyesal ke tak? Hehe.

Makan Sedap Cyberjaya : Zam Ikan Bakar - Ikan Bakar Pulau Sayak, Cyberjaya

Hari ni, aku dan famili pergi ke Cyberjaya. Plannya untuk mencuba kedai makan yang dicadangkan oleh mak. Dia pernah makan situ kebetulan direkomen oleh kawan-kawannya juga.

ZAM IKAN BAKAR - IKAN BAKAR PULAU SAYAK

Nampak kedainya biasa saja. Tapi ketahuilah hidangan makanannya marvellous sekali! Kat mana kedai ni? Senang saja..

Kalau pergi Cyberjaya, terus cari signboard Terminal. Kedai makan ni betul-betul terletak di kawasan Terminal Bas Cyberjaya. Kedainya memang kecil dan ada juga kedai-kedai lain di sebelahnya. Tapi rata-rata yang datang memang menuju ke kedai ni.

Mari tengok apa yang kitorang ambil :-

Amacam, marvellous tak? Hehe 4 orang makan ni..

1. Set Nasi Putih 4 pinggan (dihidang bersama ulam dan kuah kari ayam)
2. Ikan Bawal Bakar 1 pingan
3. Ikan Siakap Bakar 1 pinggan
4. Sotong Goreng Tepung 1 pinggan
5. Sotong Bakar 1 pinggan

Apa yang aku boleh katakan, memang sedappppp. Boleh jamin kalau yang jenis berselera tu confirm tambah nasik lahh. Hehe.. Satu aku perasan, kedai dia bukan saja orang Melayu pergi. Bangsa India, Cina, Kelantan dan hatta Orang Indonesia pun ada, berselera makan.

Paling best, harganya pun sangat ekonomi. Aku jamin korang mesti puas hati. Peniaganya ramah tamah dan murah senyuman Harap pernigaan kedai ni makin maju dan boleh diperbesarkan lagi. Sebab ruangan Medan Selera ni pun tak besar sangat. Oh ya, kedai ni buka setiap hari kecuali Ahad. Masa paling sedap nak pegi sekitar 11am - 1.45pm. Kalau lewat, rasanya ikan bakar dah habis. Bagitau awal-awal ni. Hehe. Selamat terjah!

Alamat :   
Zam Ikan Bakar - Restoran Ikan Bakar Pulau Sayak
Medan Selera Terminal Bas Cyberjaya, 
Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Jumaat, 13 Januari 2017

Makan Sedap Putrajaya : Assam House, Ayer@8 Putrajaya

Hai. Pada kali ni aku nak share tempat ke-2 kedai makan yang paling aku suka di Putrajaya selepas Tom Yam Kung (baca sini)

Inilah kedainya, ASSAM HOUSE!

Pintu masuk

Pemandangan dari dalam (Gambar : Blog Ben Ashaari)

Kedai ini aku discover kebetulan semasa hendak makan di Tomyam Kung Ayer@8. Kedai ini terletak betul-betul paling hujung lorong nak masuk parking Ayer@8. Selepas membaca perkongsian dari FB yang viral, lalu aku terjah la. Hehe.

Suasana kedai ni sangat mendamaikan sekali. Berhawa dingin, susun atur design, muzik yang dipasang serta view-nya yang menghadap tasik. Ahh, memang A!

Dari segi makanan pula, masa aku datang staf tu yang recommend untuk try beberapa menu antanya CURRY ASSAM GRAVY.

Aku ni jenis tak suka ambil-ambil gambar. Masa menu sampai, kira nak bedal je. Hehehe. Jadi aku kongsikan gambar-gambar yang aku cedok dari Blogger lain. Korang tengok, ramai blogger bagi review apa. Sebab tu aku kata dah, memang sedap!

Ni lah dia CURRY ASSAM GRAVY. Panas-panas, kuah pekat. Pergh! 
(Gambar : Blog Supermengmalaya)

 Ayam Kapitan ni pun best.

Butter Prawn ni layannn

Dari segi harga, memang sedikit pricy. Ayer@8 ok! Hehe. Tapi tu tak menghalang aku untuk datang. Cumanya, aku tak la datang tiap-tiap hari, minggu. 1.5-2 bulan adala sekali. Hehe.

Kalau anda pencari makan macam Blogger Nizam yang masuk TV tu, aku sangat recommend tempat ni. Lagipun, di Ayer@8 sekarang dah dilimpahi dengan pengunjung yang ramai untuk bersantai terutamanya di hujung minggu. Sambil-sambil nak naik basikal bercahaya tu, mehla makan sini. 


Alamat   : B1-G-1 Ayer@8 Jalan P8G, Ayer@8, Precint 8, Putrajaya.
Telefon  : +60 3-8861 8548

Ahad, 1 Januari 2017

Rocky (1976) : Filem Inspirasi Kehidupan Terbaik

Aku sebenarnya jarang menonton filem. Boleh dikatakan aku agak cerewet memilih filem yang hendak ditonton. Walaupun filem itu mendapat liputan meluas sekalipun, aku akan cari terlebih dahulu review-review sebanyak mungkin, kemudian barulah decide untuk menonton.

Walaubagaimanapun, dalam banyak filem yang aku tonton Rocky adalah filem peribadi terbaik. Daripada Rocky (1976) hingga Rocky Balboa (2006), Sylvester Stallone seakan menjadikan Rocky adalah dirinya!

ROCKY (1976)

Berkisarkan kisah Rocky Balboa, seorang peninju amatur berasal dari itali berada di Philadelphia, US. Kemiskinan menyebabkannya terpaksa bekerja dengan orang kaya Anthony Gazzo sebagai "Peminta Hutang". Walaubagaimanapun, Rocky telah dipinggirkan oleh Mickey Goldmill (pemilik gim tinju) kerana sikapnya yang datang lewat (kerana bekerja dengan Gazzo), merokok dan tidak bersungguh-sungguh dan serius untuk menjadi peninju yang hebat. Sehinggalah locker milik Rocky ditukar kepada Peninju lain.


Plot cerita bermula apabila juara tinju ketika itu Apollo Creed sedang mencari lawan baru untuk menggantikan petinju yang cedera. Akhirnya secara kebetulan Apollo tertarik dengan nama Rocky Balboa (The Italian Stallion) dan mempunyai idea lain bagi menaikkan namanya dengan mengadakan perlawanan seakan pertunjukan untuk memberikan kesempatan peninju amatur melawannya.



Rocky pada mulanya menolak jemputan itu, kerana berasa yang bahawa dirinya terlalu jauh dan perlawanan ini pasti memalukan dia di mata umum. Namun, entah bagaimana peristiwa-peristiwa yang berlaku memberikan semangat baru kepada Rocky untuk berlatih bersungguh-sungguh. Matlamat Rocky adalah untuk bertahan selama mungkin hingga ke pusingan terakhir.



Sebaimana meletupnya filem ini yang menaikkan nama Sylvester Stallone di Hollywood, fakta sejarah berkenaan bagaimana Stallone mahu merealisasikan filem Rocky ini lebih menarik!

1. PELAKON MISKIN & SUSAH

 

Sebelum membintangi Rocky, Stallone kurang dikenali dan jarang mendapat tawaran. Kehidupannya susah di mana akhirnya beliau terpaksa berpindah keluar dari rumah sewa dan tidur di Stesen Bas New York. Kehidupan begitu sukar hinggakan nak membeli makanan pun tidak mampu, memaksa beliau menjual anjing kesayangannya Butkus di sebuah kedai arak. Pembeli tersebut membeli anjingnya pada USD 25 saja.

 

2. STALLONE MENULIS SKRIP ROCKY 3.5 HARI SAHAJA!

Sylvester Stallone atau Sly pelakon biasa yang hanya mempunyai wang berjumlah USD 106 ketika itu, menonton pertarungan tinju antara Muhammad Ali vs Chuck Wepner. Dalam perlawanan tersebut Chuck Wepner dibelasah agak teruk. Namun, beliau tidak mengalah. Setiap kali jatuh, beliau bangkit dan terus bangkit bertahan sehingga pusingan ke-15. Sungguhpun Wepner tewas menerusi TKO, terinspirasi dari peristiwa itulah Sly pulang dan menulis skrip Rocky tanpa henti. Watak Apollo Creed adalah inspirasi daripada Muhammad Ali yang terkenal dengan provokasi melalui kata-kata dan perbuatannya sebagai perang mental psikologi kepada pihak lawan.

 

3. PRODUSER MAHU PELAKON LAIN YANG LEBIH TERKENAL

Produser ketika itu pada mulanya mahu membayar USD 340 ribu kepada Sly untuk membeli hakcipta dan mahu mengambil pelakon Hollywood yang lebih terkenal. Namun, Rocky menolak dan berkeras mahukan dirinya sendiri menjadi Rocky. Bayangkan, dalam kesusahan beliau pada ketika itu cuma berbekalkan USD 106 ditambah dengan isterinya yang mengandung, beliau tetap percaya dan yakin untuk mengejar impian sebagai seorang Pelakon. Akhirnya, Sly dipilih namun produser hanya mahu membayarnya USD 35 ribu sahaja sebagai aktor dan beliau bersetuju. Perkara pertama dibuat Sly selepas mendapat duit, membeli anjing kesayangannya Butkus!

4. FILEM BAJET KURANG USD 1 JUTA, PENGGAMBARAN 28 HARI

Ya. Kurang dari USD1 juta & dilakukan dalam masa 28 hari. Walaupun sedikit, Rocky  membuat pulangan lebih dari USD 225 juta, menjadikannya filem berpendapatan tertinggi tahun 1976, serta menang tiga Oscar. Filem ini mendapatkan banyak pujian bagus dan telah membuat 5 sekuel : Rocky II, III, IV, V, dana Rocky Balboa.

5. CABARAN FILEM BAJET RENDAH

Karena bajet rendah, anggota keluarga Stallone membantu dalam babak kecil. Ayahnya membunyikan loceng gelanggang untuk memulakan dan menghentikan perlawanan, saudara lelakinya Frank, berlakon watak penyanyi jalanan, dan isteri pertamanya Sasha menjadi jurukamera.

Berdasarkan skrip asal, babak Rocky & Adrian di mana adegan ini sepatutnya dilakukan pada jam waktu biasa, namun kerana bajet yang besar untuk membayar ekstra, maka ia diubah kepada babak Rocky & Adrian bermain ice skate berdua selepas Ice Skating ditutup kepada orang ramai!