Ahad, 1 Januari 2017

Rocky (1976) : Filem Inspirasi Kehidupan Terbaik

Aku sebenarnya jarang menonton filem. Boleh dikatakan aku agak cerewet memilih filem yang hendak ditonton. Walaupun filem itu mendapat liputan meluas sekalipun, aku akan cari terlebih dahulu review-review sebanyak mungkin, kemudian barulah decide untuk menonton.

Walaubagaimanapun, dalam banyak filem yang aku tonton Rocky adalah filem peribadi terbaik. Daripada Rocky (1976) hingga Rocky Balboa (2006), Sylvester Stallone seakan menjadikan Rocky adalah dirinya!

ROCKY (1976)

Berkisarkan kisah Rocky Balboa, seorang peninju amatur berasal dari itali berada di Philadelphia, US. Kemiskinan menyebabkannya terpaksa bekerja dengan orang kaya Anthony Gazzo sebagai "Peminta Hutang". Walaubagaimanapun, Rocky telah dipinggirkan oleh Mickey Goldmill (pemilik gim tinju) kerana sikapnya yang datang lewat (kerana bekerja dengan Gazzo), merokok dan tidak bersungguh-sungguh dan serius untuk menjadi peninju yang hebat. Sehinggalah locker milik Rocky ditukar kepada Peninju lain.


Plot cerita bermula apabila juara tinju ketika itu Apollo Creed sedang mencari lawan baru untuk menggantikan petinju yang cedera. Akhirnya secara kebetulan Apollo tertarik dengan nama Rocky Balboa (The Italian Stallion) dan mempunyai idea lain bagi menaikkan namanya dengan mengadakan perlawanan seakan pertunjukan untuk memberikan kesempatan peninju amatur melawannya.



Rocky pada mulanya menolak jemputan itu, kerana berasa yang bahawa dirinya terlalu jauh dan perlawanan ini pasti memalukan dia di mata umum. Namun, entah bagaimana peristiwa-peristiwa yang berlaku memberikan semangat baru kepada Rocky untuk berlatih bersungguh-sungguh. Matlamat Rocky adalah untuk bertahan selama mungkin hingga ke pusingan terakhir.



Sebaimana meletupnya filem ini yang menaikkan nama Sylvester Stallone di Hollywood, fakta sejarah berkenaan bagaimana Stallone mahu merealisasikan filem Rocky ini lebih menarik!

1. PELAKON MISKIN & SUSAH

 

Sebelum membintangi Rocky, Stallone kurang dikenali dan jarang mendapat tawaran. Kehidupannya susah di mana akhirnya beliau terpaksa berpindah keluar dari rumah sewa dan tidur di Stesen Bas New York. Kehidupan begitu sukar hinggakan nak membeli makanan pun tidak mampu, memaksa beliau menjual anjing kesayangannya Butkus di sebuah kedai arak. Pembeli tersebut membeli anjingnya pada USD 25 saja.

 

2. STALLONE MENULIS SKRIP ROCKY 3.5 HARI SAHAJA!

Sylvester Stallone atau Sly pelakon biasa yang hanya mempunyai wang berjumlah USD 106 ketika itu, menonton pertarungan tinju antara Muhammad Ali vs Chuck Wepner. Dalam perlawanan tersebut Chuck Wepner dibelasah agak teruk. Namun, beliau tidak mengalah. Setiap kali jatuh, beliau bangkit dan terus bangkit bertahan sehingga pusingan ke-15. Sungguhpun Wepner tewas menerusi TKO, terinspirasi dari peristiwa itulah Sly pulang dan menulis skrip Rocky tanpa henti. Watak Apollo Creed adalah inspirasi daripada Muhammad Ali yang terkenal dengan provokasi melalui kata-kata dan perbuatannya sebagai perang mental psikologi kepada pihak lawan.

 

3. PRODUSER MAHU PELAKON LAIN YANG LEBIH TERKENAL

Produser ketika itu pada mulanya mahu membayar USD 340 ribu kepada Sly untuk membeli hakcipta dan mahu mengambil pelakon Hollywood yang lebih terkenal. Namun, Rocky menolak dan berkeras mahukan dirinya sendiri menjadi Rocky. Bayangkan, dalam kesusahan beliau pada ketika itu cuma berbekalkan USD 106 ditambah dengan isterinya yang mengandung, beliau tetap percaya dan yakin untuk mengejar impian sebagai seorang Pelakon. Akhirnya, Sly dipilih namun produser hanya mahu membayarnya USD 35 ribu sahaja sebagai aktor dan beliau bersetuju. Perkara pertama dibuat Sly selepas mendapat duit, membeli anjing kesayangannya Butkus!

4. FILEM BAJET KURANG USD 1 JUTA, PENGGAMBARAN 28 HARI

Ya. Kurang dari USD1 juta & dilakukan dalam masa 28 hari. Walaupun sedikit, Rocky  membuat pulangan lebih dari USD 225 juta, menjadikannya filem berpendapatan tertinggi tahun 1976, serta menang tiga Oscar. Filem ini mendapatkan banyak pujian bagus dan telah membuat 5 sekuel : Rocky II, III, IV, V, dana Rocky Balboa.

5. CABARAN FILEM BAJET RENDAH

Karena bajet rendah, anggota keluarga Stallone membantu dalam babak kecil. Ayahnya membunyikan loceng gelanggang untuk memulakan dan menghentikan perlawanan, saudara lelakinya Frank, berlakon watak penyanyi jalanan, dan isteri pertamanya Sasha menjadi jurukamera.

Berdasarkan skrip asal, babak Rocky & Adrian di mana adegan ini sepatutnya dilakukan pada jam waktu biasa, namun kerana bajet yang besar untuk membayar ekstra, maka ia diubah kepada babak Rocky & Adrian bermain ice skate berdua selepas Ice Skating ditutup kepada orang ramai!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan