First
time aku pergi bid rumah lelong ialah dalam tahun 2009. Itulah kali pertama aku
pergi dewan lelong. Yang kelakarnya masa tu, aku ajak seorang kawan sekelas masa sekolah ikut sekali. Masa tu, dia baru balik dari Jepun dan jadi Engineer tapi cukup bersemangat bab hartanah ni. Siap dah masuk macam-macam seminar dan kelas. Kebetulan pulak dia cuti haritu.
Masa tu, ilmu yang aku ada dalam lelong ni cumalah bersandarkan kepada buku Azizi Ali dan maklumat dari rakan sekerja yang lebih senior secara tak rasmi. Lelongan berlangsung di NSTP Jalan Riong Bangsar, pukul 3pm dan hari bekerja. Jadi, aku ambil cuti dan pergi sambil ditemani member aku tu.
Antara buku terawal Azizi Ali yang aku beli
Hartanah yang aku nak beli tu ialah flat Bukit Angkasa Pantai Dalam. Masa tu harga rizabnya adalah RM70,000. Aku dah sediakan Bank Draf RM7,000 sebagai keperluan 10% harga rizab untuk masuk bidding. Dan aku juga bawakla cash dalam dalam RM2,000 untuk standby kenaikan hartanah tu. Itula sebab aku ajak member aku sebab takut kena rompak ke kat sana. Haha maklumlah tak pernah alami benda-benda ni.
Flat Bukit Angkasa, Pantai Dalam.
Sebelum tu, aku dapat tahu yang Market Value rumah tu cuma RM85,000 saja. Nak ikut buku punya pasal, aku pun bajetla maksimum situ aku nak bid dalam RM80,000 saja. Duit lebih nanti nak bayar lawyer la, repair-repair lagi dalaman rumah. Masa aku view rumah tu time balik kerja sehari sebelumnya, punyalah penakut naik separuh dah turun takut ada Owner terjegil ke tunggu dengan parang sambil cakap "Ko nak beli rumah ni ke? Siap kau!" Huhu.
Cumanya aku rasa rumah tu macam kosong. Peti surat pun penuh flyers dan segala surat. Jadi mungkin Owner tinggal dengan ada kerosakan agaknya. Kalau tak lebih baik dia sewakan dak? Gitulah telahan aku.
Aku minat nak masuk disebabkan sewaannya yang tinggi berbanding harga rumah. Aku
memang familiar dengan tempat ni sebab selalu datang rumah sewa kawan aku zaman belajar
UM dulu. Sewa dalam RM550-600. Jadi kalau beli RM80k, bayar bulanan RM400. Untungla dalam RM150-200. Betul la logik newbie macam aku ni kan? Hehe.
Masa sampai tempat bidding tu agak awal, tak ramai orang. Masa tu pelelong ada buat minum petang dan ada kuih untuk pembida dan agen yang datang. Tapi punyalah kami ni penakut, lepas register, terus sorok paddle dalam beg pergi tempat lain tak jauh dari situ. Minum pun langsung taknak kononnya sebab takut diganggu "Ulat" la. Hahaha..Bila orang tanya cakap je datang tengok-tengok nak belajar.
Akhirnya tiba masa lelongan bermula. Kami berdua masuk dan duduk antara seat depan. Langsung tak pandang sapa-sapa. Lelongan pun dijalankan, aku menunggu penuh debar berapakah orang masuk. Banyak juga lelongan haritu, aku perasan ada orang menang harga rizab. Untunglah, camana bole takde orang ya? Aku cakap dalam hati.
Setiap kenaikan bidaan masa tu sekitar RM1k hingga ke RM2k. Jadi, aku pun mulalah mencongak strategi. Dalam hati, kalau Market Value RM85k. Katalah kenaikan RM2k sekali angkat. Jadi aku hanya perlu simpan paddle dan angkat semasa bidaan mencecah RM78k. Sekejap-kejap aku fikir balik. Eh, katalah RM80k tu semua orang nak. So aku jadi RM82k ke? Sebab sewa pun RM600. Bayar bank baru RM400+. Still untung...Begitulah lelongan.. selagi tak sampai turn kita memang tak senang duduk. Aku perasan yang semasa lelongan tu dalam 2-4 orang je paling ramai berlawan. Ok, kata aku dalam hati..
Akhirnya, hartanah yang aku nak bid tu rupanya diletakkan last sekali hari tu. Kemuncak..Fuhh suspens. Pelelong memanggil ikut no. paddle, jadi pembida perlu tunjukkan paddle. Mak aih, 8 orang kesemuanya! Kami dipanggil duduk depan sebab terlalu jauh. Aku yang memang kat depan, kejap je ke seat depan. Pelelong pun berkata :
"Untuk hartanah ini, setiap kenaikan bidaan adalah RM5,000!" aku terkejut dalam tak bersedia. Gila!"
Pelelong memulakan bicaranya, jadi bla..bla..bla..ada yang nak pada harga RM75k? Seorang mengangkat paddle. 75k!
Ah, aku kena cepat angkat ni..Tiba-tiba, dah ada orang angkat pula. So jadi RM80K!
Itu bajet aku! Kecewa betul. Keadaan diam sebentar. Pelelong bertanya, ada yang nakkan pada RM85k?
Baru aku nak fikir yang berbaloi ke beli pada MV, dah ada orang angkat jadi RM85K! Perempuan pulak tu! Aduhhh, pedihh!
Kemudian, suasana senyap seketika. Pelelong bertanya lagi, ada yang mahu pada RM90k?
Aku memikirkan masa tu memang duit aku ada RM2,000. Tapi aku tak tahu keadaan dalam rumah, sebenarnya ada orang ke takde? Rosak teruk ke tak? Maintenance? Apa tu kaveat? Jujurnya masa ni aku memang tak tahu sangat. Sebab hanya baca buku teori.
Pap, ada sorang angkat pulak. RM90K!
Pelelong memujuk kami yang lain pula, katanya MV sini RM100K. Siap jeling aku masa tu suruh aku angkat, sebab aku tak sempat angkat lagi. Aku rasa geram betul. Takkan Valuer tipu kan? Ni mesti taktik nak up kan harga.
Pelelong pun kata, RM90k panggilan satu! RM90k panggilan kedua..dan..
Pap, perempuan 85k tadi angkat semula. Sekarang jadi 95k!
Aku perasan semua masa tu wajah serius. Ada yang geleng kepala. Yang perempuan tu kerut dahi.
Akhirnya, 95k panggilan 1, panggilan 2 dan panggilan 3, jual RM95k kepada Puan!
Selepas mengambil kembali bank draf, pulanglah aku dalam keadaan hampa. Dalam kereta aku dan member berbincang hebat. Masing-masing pengalaman pertama masuk dewan lelongan. Topik paling hangat sebab naik sampai 5k tu lah sekali bid. Tak prepare betul. Siap tak sempat merasa angkat paddle! Hahaha. Kami siap predict habis la perempuan tadi tu. Banker value RM85k saja. Nak kena cekau lagi RM10k nanti..nak sedapkan hati. Huhu.
Fast forward, bertitik tolak dari situ member aku ni jadi gila kepada dewan lelongan. Peristiwa itu tak sangka memberi impak kepada dia hingga menjadi antara
top Ejen lelong yang famous di kalangan orang Melayu. Namanya..hehe rahsia..Aku pun alhamdulillah akhirnya setelah beberapa kali mencuba juga menikmati hasil menggunakan khidmatnya. Kenangan ini pasti menjadi memori paling manis dan bersejarah.
Flat tu pun sekarang, mak aih..RM200K lebih pun orang tak jual lagi! Menyesal ke tak? Hehe.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam