Isnin, 8 Oktober 2018

6 Sebab Korang Kena Consider Projek Serintin, Mantin oleh CPI Land

Bemula 8 Oktober - 7 November 2018 ini, aku akan berada di Tesco Semenyih untuk mempromosikan baki unit terakhir projek Serintin dari CPI Land ini. Sebabnya, lepas ni Developer dah start fokus untuk 2nd phase iaitu Townhouse pula.

Team aku berada di area Foodcourt tingkat 1

Daripada 137 unit, ada 13 unit sahaja baki unit yang belum terjual. Ini pun disebabkan LOAN REJECTION. Dah abis usaha cuba, tapi belum rezeki Pembeli tersebut. Insyaallah moga ada rezeki cliend dan dipermudahkan selepas ini.

Ada tabir, scale model dan TV slideshow

Kepada yang berada especially di kawasan Semenyih/Berananag/Kajang/Nilai dan berhampiran, korang boleh consider projek ni secara SERIUS. Sebabnya :

1) RUMAH DAH SIAP
- Ya. Rumah ni memang dah siap dan telah diberi VACANT POSSESSION. Bahasa mudahnya, Pembeli dahpun ambil kunci bulan Julai 2018 lagi. Pembeli lain dahpun masuk renovate dan ada yang dah duduk di sini.

2) BOOKING RM500 sahaja
- Kalau korang beli rumah dah siap dan atas Pemilik lain, ia dipanggil SUBSALE. Biasanya ia memerlukan 10% deposit rumah. Paling kurang pun Booking ejen ambil 3% dari harga rumah. Untuk rumah ni mereka yang dah beli memang booking serendah RM 500 sahaja.

3) KOS GUAMAN PERCUMA
-  Kalau korang beli rumah SUBSALE, still korang kena bajet kos lawyer S&P paling kurang 2-3% lagi. Itu baru S&P, kalau ambil loan kena lagi kos lawyer untuk LOAN agreement dalam 0.5% dari harga rumah. Dan satu lagi, kos VALUATION REPORT. Untuk projek ni, Developer tanggung sepenuhnya tak perlu fikir-fikir lagi duit lain.

4) KEJIRANAN YANG TENANG DAN SELAMAT
- Kenapa aku katakan kejiranan yang tenang, kalau korang masuk sini hanya ada 137 unit sahaja. Ini dikatakan LOW DENSITY kerana tidak terlalu crowded seperti korang yang dah biasa duduk TAMAN PERUMAHAN besar dan pelbagai FASA ataupun yang duduk di APARTMENT ada begitu banyak blok dan tingkat. Dan bercakap pasal selamat, rumah ni ada GUARD HOUSE ya! Penduduk setuju untuk bayar lebih kurang RM 35 sebulan untuk guard house. Kalau sesiapa yang nak masuk Guard akan cek Lesen Memandu, kena tulis nama, ambil no kereta dan sebagainya.

5) FREE KITCHEN KABINET, AIRCOND x5, KIPAS x7 & LAMPU 
- Inilah yang paling menarik dalam offer kalini. Developer offer untuk beri KITCHEN KABINET, AIRCOND 5 unit, KIPAS 7 unit dan lampu FREE tu! Alamak, ini betul-betul bukan tipu. Rumah contoh pun dah ada.

6) HARGA MAMPU MILIK
- Dari sudut harga, kalau korang compare projek ni design pun MODEN ala-ala ECO HILL, tapi kalau ECO-HILL harga pun dah berapa kan? Mahu 600K-700K..Tapi rumah ni paling rendah RM470K..Built up besar 1970 sq ft..BESAR TU! Dan designnya, korang tengoklah gambar aku sertakan. Ada juga yang duduk area Pelangi Semenyih ni beritahu lebih kurang harga SUBSALE sekarang. Tapi, macam aku beritahu tadi lah rumah ni rumah BARU. Bukan dah sepuluh atau belas tahun. Dan untuk rumah SUBSALE kena ada 10%.

Kami di Teso Semenyih

Aku kongsikan gambar-gambar setakat 1 September 2018 :

Dari tepi simpang jalan korang boleh nampak SERINTIN POINT

Korang akan nampak dah Guard House. Sales Gallery di sebelah kiri. Tapi nak view unit BY APPOINTMENT sahaja ok.

Pintu masuk Projek

Oh ya, yang korang nampak menghijau ni sebenarnya nanti akan jadi Tasik Buatan. Sekarang ni menunggu approval dari Majlis Perbandaran Nilai saja.

 Ada tempat lapang untuk berehat petang-petang bersembang.

Seperti biasa untuk anak-anak bermain


Court basketball dan pelbagai guna


Seronok kalau rumah corner, siap boleh main bola. Hehe

Boleh CALL/SMS/WHATSAPP untuk appointment di Sales Gallery. Sebab kita buka Sales Gallery by Appointment sahaja. Boleh contact Amilin 0193841959. WHATSAPP/SMS boleh taip "SERINTIN".

Selasa, 17 Julai 2018

REVIEW : PROJEK SERINTIN MANTIN CPI LAND

Semalam 16 Julai 2018, aku telah dijemput oleh Developer untuk melihat sendiri projek perumahan yang telah siap untuk diduduki. Kebetulan semalam juga ada Pembeli terawal yang membeli rumah ni mengambil kunci.

Nama Projek ni SERINTIN. Kesemua binaan adalah 2 Storey dan ada 137 unit je. Lokasinya di Mantin, Negeri Sembilan. Pemaju adalah CPI Land Sdn Bhd yang dikenali dengan projek AVANTAS RESIDENCY di Jalan Klang Lama dan TUAN RESIDENCY di Jalan Ipoh, KL.




Seawal jam 9.30am lagi aku dah sampai, kat sebelah kiri pintu masuk projek ni je Sales Gallery. Beberapa Pembeli dah sampai walaupun Sales Gallery buka jam 10am. Tak lama lepas itu kawan aku sampai dan kitorang masuk galeri di samping menyapa Pembeli yang mengambil kunci.

Bila masuk ke dalam galeri korang akan jumpa ni dulu.

Scale model. Ada 2 type iaitu A (tiada balkoni) dan B (ada balkoni)

Kebetulan Pembeli pun ada sekali, aku pun tanya lah

Ambil cuti ke harini bang? Kerja mana?

Haah, cuti sehari. Kerja kat KL..

Oo..Tak jauh ke ulang-alik? 

Jauh sikit la, tapi dah biasa..Duk sini dah lama, orang rumah pun suka sini. 


Menarik juga bila Pembeli yang kerja di KL pun beli unit kat sini. Sebab asalnya, ingatkan Pembeli mesti kalangan yang kerja di PUTRAJAYA, NILAI, SEREMBAN atau BANGI/KAJANG je. Lepas tu, aku pun follow sekali wakil Developer dan Pembeli tadi masuk rumah. 

Gambar ruang Dry Kitchen yang dah siap.

Ini pula bahagian Wet Kitchen. Developer dah buat extended siap-siap. Wow!

 Ruang bilik air. Dah fully tiles sampai atas. Menarik!


Tak lama selepas tu, sembang-sembang..Mulanya dia bercerita tentang offer dan pakej, sekali dia ajak tengok terus Rumah Contoh di Unit Corner.

 Gambar lama sebab lupa nak ambil =P

 LIVING HALL


 DINING AREA

 DRY KITCHEN

 WET KITCHEN

TOILET BAWAH

Mari kita tengok bahagian atas pulak 

MASTER BEDROOM

BILIK KE-2


 BILIK KE-3
Interior Designer bagi idea buat katil bujang di atas

Cantik kan?

Tentu korang tertanya-tanya, macamana dengan KUALITI binaan projek ni kan? Ok, tengok sini



Material Roof Tiles jenama MONIER, Porcelain & Ceramic Tiles brand GUOCERA, cat brand DULUX, sampai lah ke suis jenama HAGER.

Selain tu, mereka tak guna teknologi IBS tapi menggunakan RED BRICK & WHITE BRICK. Hmm..Kalau ikut bacaan di Google, RED BRICK ni lebih baik sebab dapat tampung tahap serapan kepanasan berbanding IBS. Sebab tu rata-rata rumah baru sekarang rasa lebih panas sampai kena buka Aircond selalu. Kalau ikutkan binaan IBS ni sebenarnya banyak masalah sebab iklim Malaysia yang lembap (panas dan hujan). Developer sekarang memang suka sistem IBS sebab cepat pasang siap. 


Aku (tengah) ditemani rakan (spek hitam) dan wakil Developer (kanan)

Begitulah sedikit sebanyak berkenaan projek rumah SERINTIN. Ada yang berminat nak BOOKING projek ni ke? Ada dalam 10 unit yang terakhir..Sebenarnya projek ni dah lama SOLD OUT tapi sebab ada yang tak lepas loan, jadi open balik. Mana taknya cuba korang imagine

BOOKING RM 500

Installment bulanan lebih kurang sekitar RM +/- 2200 je. Mana nak dapat deal macam ni. Dengan modal RM 500 korang dapat rumah macam FREE.

Kalau Penjawat Awam paling untung, boleh buat pembiayaan LPPSA 100%. Kiranya nanti kalau korang buat full loan, korang akan dapat duit lebih nanti. Jadinya? Korang boleh la buat reno-reno ke, beli rumah lain ke, belanja itu ini. Dan time tu harap korang janganlah lupa aku ni. Doakan murah rezki takpa dah. Huhu

Kalau korang serius minat, boleh la PM/ Whatsapp kat 0193841959..Taip "SERINTIN"...Nanti aku uruskan APPOINTMENT untuk unit ni. Ada rezeki, korang dapat rumah ni insyaallah. Mulakan dengan langkah pertama iaitu Whatsapp. Sori ni bukan MLM ye, beli rumah memang dapat rumah. Dah siap pun rumahnya tu. Sambil datang galeri, tengok rumah contoh tengok sekali rumah siap yang dapat kunci =P

CALL/SMS/WHATSAPP : 019-3841959 (Amilin)..Taip "SERINTIN"

Rabu, 20 Jun 2018

5 Pasukan Pilihan Juara World Cup 2018

Demam World Cup telah bermula. Perlawanan pertama peringkat kumpulan telahpun berakhir. Banyak kejutan berlaku. Pasukan Top yang dibarisi nama besar Germany tewas kepada Mexico, manakala Spain, Argentina, Brazil masing-masing seri. Memasuki perlawanan ke-2, aku meramalkan 5 pasukan ini dijangka menjadi Juara :-

1. GERMANY

Tidak sukar untuk meletakkan Jerman sebagai pilihan pertama. Juara edisi 2014, walaupun tewas di game pertama Jerman sentiasa konsisten di saingan World Cup. Kebiasaannya berakhir di saingan Final atau Semi-final.

Mampukah Thomas Muller melakukannya sekali lagi?

Kekuatan Jerman pastinya kepada sistem permainan possession. Ditunjangi 4 pemain utama Bayern Munich Neuer, Boateng, Hummels dan Kimmich di barisan pertahanan, barisan serangan diketuai penyerang prolifik World Cup Thomas Muller, dibantu pula Toni Kroos, Marco Reus & Julian Draxler dan Timo Werner pastinya menggerunkan mana-mana pasukan lawan.


2. FRANCE

Pilihan ke-2, skuad Perancis pada kali ini hadir dengan barisan lebih mantap menerusi pengalaman pemain seperti Griezmann, Pogba, Kante, Matuidi dan yang beraksi di final Euro 2016 lalu. Pastinya kekecewaan mahu ditebus oleh mereka. Di samping itu, kehadiran pemain muda sensasi seperti Kylian Mbappe dan Thomas Lemar menjadi bukti betapa Perancis penuh dengan alternatif pengalaman dan keghairahan.

Mbappe - Young & Dangerous

Pasukan yang aku sokong kali ini.

3. SPAIN

Sungguhpun menghampakan pada edisi World Cup 2014 dan Euro 2016, tidak wajar untuk kita menidakkan keupayaan pasukan Sepanyol. Kali ini mereka dilihat lebih bersedia melalui adunan pemain berpengalaman dan muda. Dikemudi David De Gea selaku benteng terakhir Sepanyol, barisan pertahanan nyata mantap menerusi Ramos, Pique dan Azpilicueta.

Diego Costa - Lone Striker terbaik Spain

Barisan midfield pula menerusi Busquets, Iniesta, dan Silva. Serangan pastinya akan tertumpu kepada Diego Costa selaku lone-striker. 

4. BRAZIL

Pasukan paling banyak memenangi Piala Dunia dengan 5x edisi, skuad moden ini tampil lebih matang dan bersedia di segenap posisi. Kuartet serangan Brazil punya begitu banyak option dengan bintang lincah seperti Firmino, Coutinho, Gabriel Jesus, Willian dan Neymar.

Casemiro - Zidane menggelarnya 'The Octopus'

Arkitek gerakan Brazil pastinya akan datang melalui Casemiro yang akan membuka serta mengawal tempo permainan. Brazil juga punyai pilihan pemain Midfield yang boleh bertahan iaitu Fernandinho.

5. BELGIUM

Skuad ini dianggap KUDA HITAM dalam edisi kali ini. Sering dikritik walaupun mempunyai pemain bintang tetapi persembahan pasukan Belgium selalu menghampakan. Namun pada edisi kali ini aku rasa Belgium mampu untuk pergi jauh dari edisi sebelum ini.

De Bruyne dan Hazard perlu menyerlah kali ini

Belgium pastinya menagih kudrat 3 pemain ini iaitu Lukaku-Hazard-De Bruyne. Persembahan yang mantap dari ketiga pemain ini adalah kunci kepada nasib pasukan Belgium. Barisan pertahanan Belgium juga mantap menerusi back three gandingan Alderweireld, Vertonghen dan Company.