Jumaat, 30 Disember 2016

5 Sebab Aku Naik Motor Pergi Kerja vs Kereta


Sebelum tu, biar aku cerita situasi aku. Aku tinggal di Putrajaya. Tapi bekerja di Kuala Lumpur. Setiap hari aku ulang alik naik kereta. Kadang-kadang naik tren. Motor jarang sekali. Alasannya kononnya selalu rasa sakit badan, tak tahan hujan lebat jalan licin, baju seluar kasut basah, takut bahaya kereta dan sebagainya. Aku pun jual motor.

Tapi selepas aku perati balik member aku di ofis, kebanyakan mereka masih naik motor. Sorang dua adala motor cc besar sikit. Sorang ni pula pangkat lagi tinggi pun masih motor kapcai lagi. Aku yang naik kereta ni pula selalu kadang lambat sebab jem. Kalau accident je confirm, kalau hujan lebat tengok nasib. Dan paling ketara sekali minyak petrol dan tol. Walaupun kereta aku tu Myvi, aku tetap rasa. Sebab tu, aku rasa aku perlu berbuat sesuatu. Apatah lagi di zaman kelembapan ekonomi negara ni. Apa kelebihan Motor berbanding Kereta?

1. Jimat duit petrol (SAVE RM180 SEBULAN)

Kos kiraan aku naik kereta sehari pergi balik dalam RM10. 24 hari bekerja RM240. Berbanding aku naik motor ni, kos sehari RM2.50. 24 hari bekerja RM60.

2. Tiada tol (SAVE 168 SEBULAN)

Paling rugi naik motor pun rasanya sebab tak dapat bayar tol by hand kat makwe ni la. Damn!

Tahun 2016 menyaksikan kenaikan kadar tol yang mendadak. MEX highway yang aku lalu setiap hari dulunya RM2.50 sehala naik ke RM3.50! Banyak tu. Bermaksud, setiap hari bekerja aku menghabiskan RM7 untuk tol sahaja. Itu sehari, untuk 24 hari RM168.

3. Apa itu Jem? Jammed? (SAVE MASA 15-30 MINIT?)

Sejak MEX buka Interchange Seri Kembangan, sebelum Interchange Bukit Jalil tu dah start jem. Sudahnya, bila nak exit di Kuchai Lama memang kereta dah banyak dari PLUS. Bila ko naik motor, ko takkan tau apa itu jem. Kahkah. Ko stedi je duduk paling kiri, masa jem tu cilok la sikit. Panjang macamana sekali pun kereta di 2 ke 3 lorong, motor tetap stedi bergerak.Dalam apa keadaan KECUALI hujan yang maha lebat/banjir, insyaallah motor sampai pada masanya.

4. Senang ke Sana Ke Mari (SAVE DUIT PARKING & MASA)

Teringin nak kongsi kereta dengan Datuk Bandar. Tapi saya taknak drive, bole? Hehe

Kadang-kadang, kita ada beberapa urusan peribadi di suatu tempat. Urusan tu pula perlu pantas supaya tak menggangu tugas. Tak bestla kalau bos atau supervisor tengok kita lama tak ada di ofis. Kalau naik kereta, satu masalahnya jem. Kedua, ko nak kena cari parking. Silap parking mau kena saman DBKL atau Majlis Perbandaran. Parking yang ada pula kalau KL Selangor ni sah-sah berbayar lagi. Duit lagi!!

5. Mainenance Penjagaan Kereta vs Motor (SAVE BERAPA NI??)

Gambar : www.kereta.info

Apa lagi yang nak aku kata. Korang boleh kira sendiri. Paling kurang servis kereta berapa. Tayar pun berapa. Servis minyak hitam? Aircond? Wiper? Hahaha, sekecil-kecil kos boleh kira kan. Tapi aku pun tak la sampai ke situ. Just bole bezakan dan menguatkan sebab ke-5. Hehe.

Itulah 5 sebab utama aku kembali menjadi RIDER. Ceh, RIDER la sangat. Hahaha.

2 ulasan:

  1. hehe...ko takkan tau ape itu jem. tp ko akan tau ape itu teman baik penunggang moto bila hujan. bawah jambatan. hehe

    BalasPadam
  2. Itu sudah pasti, bila baju hujan Arai x mampu lagi tahan..bawah jambatan lah penyelamat kita!

    BalasPadam