Suatu petang pada 9 November 2016, aku belek website Mudah.my. Niat asal saja-saja usha motor 2nd hand. Aku memang suka dengan Mudah.my ni. Dah beberapa kali aku guna Mudah.my baik untuk membeli dan juga menjual. Viewers Mudah.my ni memang ramai. Masa aku nak jual motor arwah bapa aku dulu, aku cuba-cuba iklankan. Lepas iklan je, berduyun-duyun call dan SMS (masa tu Whatsapp belum diguna meluas). Aku berjaya jual dalam 1 hari je iklan. Iklan tengah malam, pagi esok dah ada orang call dan SMS. Petang tu orang datang jumpa aku, test motor dan terus beli CASH.
Balik ke cerita ni ni, masa aku buka tu, aku nampakla iklan orang nak jual Honda Future 125 Special Edition 2014. Harga buka RM4,000 saja! Wow, sebab beberapa bulan sebelumnya ada orang nak jual RM4,500. Aku dah kaji, motor jenis ni harga Market Value-nya dalam RM5,600-RM5800 juga.
Tanpa membuang masa, aku terus mesej orang tu. Motor tu dia baru beli Julai 2015, mileage pun belum sampai 10,000 km. Pada aku, berbaloi ni. Perbualan berjalan lancar dan kami masing-masing setuju jumpa petang tu jugak.
Aku masa tu kelam kabut keluar duit yang ada, ajak sorang member opis ikut teman. Aku siap cari member pinjam helmet spare untuk standby. Dalam kereta, member aku yang tau pasal motor ni cakap..Ok dah harga ni. So tak payah tawar. Mungkin paling kurang RM50-100 je. Aku angguk je.
Bila sampai, aku try test bawak. Fuh, sedaapp bai. Memenuhi apa yang aku nak! Terus aku mulakan perbualan lebih lanjut dan mesra. Biasalah, sebagai Pembeli ni kita tak boleh tunjuk desperate sangat, walau dalam hati memang nak angkut, hehe. Dari sembang-sembang pasal kerja mana, duk mana, famili, condition motor sampai la sebab nak jual. Katanya, dia nak jual sebab nak upgrade motor besar. Memang trend sekarang orang beli motor power untuk memecut di highway. Tapi, aku ni pulak jenis tak minat sebenarnya sebab motor besar kaki tak sampai. Damn! dan takut nak bawa laju.
Last sekali, aku buat-buat la tanya bermodalkan muka kasihan,
"Err..tak boleh kurang ke bang?" Cliche kan? Tapi aku tak malu dah..Saja test. Apa salahnya dak?
"Kurang? Ooo..Kalau ikut, saya memang nak jual harga ni dah bang..Tu la..Motor ni pun elok, tak pernah accident. Saya memang jaga minyak itam semua..bla..bla..bla." jawab dia separa yakin.
"Oooooo..kata aku perlahan." Pastu aku diam sambil belek-belek motor tengok depan belakang kiri kanan. Tanya pasal tayar, gegar ke tak, minyak jimat ke. Apa yang aku terfikir masa tu. Sudahnya aku tanya lagi...
"Memang dah tak bole kurang dah eh?" Sekali lagi aku try. Time ni pun aku rasa ok dah harga tu.
"Itulah, ni pun saya dah ada berapa orang mesej saya. Ada yang nak tengok motor ni malam karang." ujarnya dalam keadaan tak selesa tapi ada rasa serba salah. Ye lah, penat-penat tunggu aku. Kalau dia tak bagi diskaun sikit, maknanya dia kena jumpa orang belah malam pulak.
Dari sudut Penjual, pada aku jadi satu kelecehan untuk nak set masa jumpa malam-malam. Malam-malam lak tu. Then, ada kemungkinan belum tentu lagi yang nak jumpa malam karang tu jadi tengok. Kalau tengok pula, belum tentu beli. Lebih teruk, manalah tau kes nak pow pulak ke. Mak aih! Tak ke naya.
Tiba-tiba..
"OK la bang, last saya boleh bagi pun RM3800. Tu je." terkejut aku. Budak opis aku pun sama terkejut. Haha, yes! kata aku dalam hati.
Ok, saya beli. Then, selesai! Member aku bawa kereta aku balik ofis, aku bawak motor. Nasib baik betul aku bawak helmet spare, memang dia ambil jugak helmet motor tu. Haha, agaknya sebab bagi diskaun kot! Tapi, aku OK. Aku memang dah ada helmet. Hehe.
Kenapa aku beli Motosikal ni sebenarnya? Bersambung di entri seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan