Inilah soalan yang selalu aku dapat dari member aku. Oleh kerana aku kerja di KL, rata-rata member aku semua pun tak tahu sangat la kawasan Putrajaya ni. Aku pun struggle nak jawab masa awal-awal duduk sini. Selalu kalau nak makan mesti pergi Sungai Merab atau Bangi. Sebab kat Putrajaya ni restoran mamak bersepah! Kedai melayu kalau ada pun kat Foodcourt. Sebab tu lah kat Putrajaya ni orang selalu buat joke...
"Perak Darul Ridzuan, Selangor Darul Ehsan, Putrajaya?" tanya member aku dulu.
"Mana ada bro, Wilayah Persekutuan kan" jawab aku.
"Ada. Putrajaya Darul Salam!" Hahaha, betul jugak!
Darussalam..Darussalam everywhere..
Untuk pengetahuan korang, Darussalam merujuk kepada kedai mamak yang terbanyak di Putrajaya ni. Jadi, lama kelamaan aku mula lah mencuba restoran makan yang ada di Putrajaya ni. Oleh kerana aku ni orang Kelantan, maka lidah aku ni memang suka sangat makanan Thai terutamanya Tom Yam. Jadi setelah ke sana ke mari, aku membuat kenyataan ikhlas tidak berbayar TOMYAM KUNG adalah Restoran makan malam PALING SEDAP di PUTRAJAYA!
Siang dan Malam Buka
RESTORAN TOM YAM KUNG ni ada 2 cawangan. Satu di Presint 15 berhampiran Mydin. Dan yang terkini di Ayer@8, Putrajaya. Oleh kerana rumah aku dekat Presint 9 je, so aku selalu ke sini. Masa mula-mula Ayer@8 ni buka lengang je. Tapi sekarang aku boleh kata parking penuh je memanjang. Berduyun-duyun kedai makan, kedai tudung dan lain-lain buka di sini.
Kalau korang datang siang, sarapan dan menu tengahari memang ada. Aku pernah cuba 2-3 kali datang. Hidangan Nasi Campur dan Ayam Kampung. Tak mengecewakan, siap ada diorang buat ,macam-macam aneka bubur, pengat dan pulut.
Pekerja Siam tenang melayan pelanggan
Paling best bila order makan tomyam sini, oleh kerana aku dah biasa sangat datang. Tenang je aku order :-
"Nasi Putih, Tomyam Kung, Ikan Siakap Stim Limau / kadang-kadang 3 Rasa dan sebagainya, Telur Kungfu, Daging Merah & Kailan Ikan Masin (takde sebab tak sampai lagi)"
PULUT MANGGA - Oh, indahnya makanan ini.
Hahaha. Kalau korang datang ramai-ramai dan tak tau nak order, jangan bimbang. Sebenarnya ada je set. Nak makan 4, 8 orang? Semua ada. Senang nak jaga bajet kan? Hehe. Actually kalau pasal harga, memang di Ayer@8 ni kawasannya up sikit. Jadi sedikit mahal la. Aku tak kata mesti makan sini setiap kali datang okey, haha. Tapi pada yang sekali sekala datang bawak famili tu, pada aku tak salahnya kita spend dengan famili kan? Kalau minggu gaji tu, memang ramai datang.
1. Environment bersih. Design kedai mantap Nak sejuk aircond duk dalam. Nak open, duk kat luar.
2. Killer menu. Tomyam Kung, Kangkung Crispy, Telur Kungfu, Pulut Mangga
8/9 orang yang aku jamu makan suka benar Kangkung Crispy ni!
3. Parking senang. Kedai ni paling tepi sekali. Bole je parking sepanjang deretan jalan
4. Harga. Pada aku munasabah. Kalau ko gi Papparich pun sepinggan mee kari pun dah berapa.
5. Layanan servis terbaik. Pekerja Siam sini cepat. Kalau lauk tak sampai terus panggil, kejap je setel.
Ok, so pada yang ragu-ragu tu. Nak hilangkan keraguan tu, korang kena cuba la! Kehkeh. Adios.
TOM YAM KUNG AYER@8 PUTRAJAYA
Address: Presint 8, 62000 Putrajaya, Malaysia
Phone:+60 3-8861 5876
Open today · 10AM–10PM
TOM YAM KUNG PRESINT 15
Address: Presint Diplomatik, 62000 Putrajaya, Malaysia
Phone:+60 3-8861 3203
Open today · 10AM–10PM
Mmg best. Dulu waktu dia opening potion seorg makan sgt byk. Skrg ni mcm less but quality still mantap
BalasPadamYup, dulu memang layan..kangkung crispy, telor kung fu dan tomyam semua portion banyak. agaknya sekarang sebab kos sara hidup yg naik..kos sewa kedai lagi. hehe
Padam