Sabtu, 31 Disember 2016

Self Review 2016 : Hartanah

Sedar tak sedar, beberapa jam lagi beradalah kita di tahun 2017. Mengimbas kembali review pasal aku dalam HARTANAH, ada beberapa perkara yang aku rasa tercapai. Paling bermakna, rumah yang aku & wife beli telahpun mendapat kunci. Paling kurang gembira pula, gaji aku dah start dipotong untuk loan rumah ni. Hehe. Agak tinggi juga memandangkan rumah di Putrajaya, jadi faham-fahamlah. Ada beberapa isu juga rumah ni, antaranya defect rumah. Mujur aku lantik seorang mamat ni, Hafiz namanya untuk membuat semakan defect rumah. Dari pagi sampai petang dia check. Servisnya termasuk membuat report dalam yang menyatakan defect berserta gambar-gambar yang terlibat.

Aku sangat rekomen pada kawan-kawan yang membeli rumah baru, selepas ambil kunci lantiklah orang yang tahu menahu pasal pembinaan rumah ni. Ini kerana, biasanya dalam tempoh 2 tahun kita ada hak untuk complain defect yang berlaku dan kontraktor perlu betulkan. Kalau buat tak tahu, selepas 2 tahun kiranya semua atas tanggunggan kita sepenuhnya. Ada beberapa Pembeli kata unit mereka ada masalah bocor di sana-sini. Agak merisaukan pada aku. Menurut Hafiz, workmanship projek yang aku beli ni teruk. Macam tiada QC. Mujurlah masa dia check rumah aku takda Major Defect. Hanya minor, cuma banyak la di sana sini.

Selain itu, duit claim kelewatan Pemaju siapkan rumah pun belum dapat. Mujurlah, sekarang ni kami sesama Pembeli selalu berbincang dalam group & follow up dari semasa ke semasa progressnya. Duit tu jugalah nanti aku akan guna untuk buat sedikit minor renovation dan barang kelengkapan rumah. Plan aku untuk rumah ni adalah PROJEK HOMESTAY PUTRAJAYA. Terus terang aku tak pernah buat lagi. Tapi aku nampak prospek Putrajaya ni sebenarnya besar untuk Homestay. Hampir setiap minggu Putrajaya ada event besar dan menarik pengunjung baik local & oversea. Kadar bilik di hotel pula mencecah RM300+. Jadi untuk famili, agak tinggi. Jadi, ada potensi di situ. Nantilah aku cerita bila dah setup. Nak cerita lebih pun tak boleh lagi, sebab belum buat!

Satu lagi misi tercapai adalah 2 rumah yang aku beli secara lelongan dah dimasuki Penyewa. Alhamdulillah positif cashflow. 1 unit tu berhadapan masalah Owner tak mahu keluar. Selama 8 bulan aku bersabar. Akhirnya, tindakan mahkamah terpaksa diambil sehingga dia mengalah. Satu lagi unit pula tak pernah sempat diduduki Owner kerana projek terbengkalai 8 tahun. Rumah tu akhirnya mendapat kunci pada Julai tahun 2015. Aku sangat syorkan anak-anak muda Melayu untuk belajar dan menceburi Pelaburan dalam hartanah. Aku sendiri kesal kerana lambat bermula selepas lebih 5 tahun bekerja. Aku juga dulu skeptik dan boleh kata pengkritik tegar orang yang beli rumah ni untuk Pelaburan ni sehinggalah aku berjumpa rakan yang 'betul'.

Di FB kini ramai nama-nama 'orang kita' yang korang boleh follow.

UNDERCON - Abe Nazz, Ed Aswandi, Azahari Waid
SUBSALE - Ejen subsale ramai, Amri Najmin, Khairuddin Bajuri
LELONG - Hafiz Ejen Lelong, Shafie Bustan, Izwan Latiff
SUBLET - Paih Aman, Syamin Saad

Jika 80-90an dulu, mungkin orang kita kurang peka mengenai perkara ini. Kerja, beli sebuah kediaman, dan pencen dengan selesa. Namun zaman telah berubah, ko tengok sendiri Kerajaan pun tak mampu nak tampung perbelanjaan mengurus serta mengawal harga kediaman, barang keperluan kos hidup. Peruntukan demi peruntukan dipotong setiap Kementerian. Apatah lagi kes Pelaburan syarikat Kerajaan yang rugi, Corporate Governance yang lemah sehingga Pelabur menarik keluar Pelaburan kerana krisis keyakinan. Aku muak dan malas nak ulas. Cuma untuk kita, jika kita tak mampu nak ubah dunia, kita ubahlah negara. Jika tak mampu ubah negara, ubah nasib keluarga kita. Jika keluarga pun kita tak mampu, sekurangnya kita ubah diri kita supaya tak susahkan orang.

SELAMAT TINGGAL 2016, SELAMAT DATANG 2017!

3 ulasan:

  1. Tahniah dan selamat berjiran. Boleh nampak belakang rumah khairul. haha. anyway, plan nak wat homestay ke rumah tu? Nnt duduk rumah sekarang ni ker?

    BalasPadam
  2. Haha. Yup tuan halif..plannya begitu. Sebab rumah yg duduk skrg pun ada mak n adik je sorang.

    BalasPadam
  3. Salam..nak tanya..boleh bagi contact hafiz yang check defect rumah tu? Ada details dia..terima kasih

    BalasPadam